Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lebih 60% rakyat Jepun mahu temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditunda lagi

Tinjauan mendapati lebih 60 peratus warga Jepun lebih suka temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditangguhkan sekali lagi, lapor agensi berita Sputnik. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 60% rakyat Jepun mahu temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditunda lagi

Muzium Olimpik Jepun di Tokyo, Jepun, pada 17 Feb 2020. (Gambar fail: Athit Perawongmetha/REUTERS)

Diterbitkan : 22 Jul 2020 04:27PM Dikemas Kini : 22 Jul 2020 04:29PM

TOKYO: Tinjauan mendapati lebih 60 peratus warga Jepun lebih suka temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditangguhkan sekali lagi, lapor agensi berita Sputnik. 

Pada hujung Mac, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Tokyo 2020 mengumumkan acara itu ditangguhkan pada 2021 kerana pandemik COVID-19. 

Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 dijadual diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021. 

Menurut hasil tinjauan oleh penyiar NHK, 31 peratus responden mahu Olimpik 2020 dibatalkan sepenuhnya sementara 35 peratus mahu ia ditunda sekali lagi. Hanya 26 peratus bersetuju ia dilangsungkan mengikut jadual. 

Tinjauan dilakukan dari 17 hingga 20 Julai melalui panggilan telefon, melibatkan 1,298 warga Jepun yang dipilih secara rambang. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan