Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lawak rogol tidak kelakar; ratu terjun M'sia buka mulut masalah dihadapi pasukan kebangsaan

Gurauan mengenai rogol tidak kelakar dan mereka yang dianiaya perlu bersuara.

Anggaran Waktu Membaca:
Lawak rogol tidak kelakar; ratu terjun M'sia buka mulut masalah dihadapi pasukan kebangsaan

Ratu terjun Malaysia, Pandelela Rinong. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 08:59PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 09:07PM

KUALA LUMPUR: Gurauan mengenai rogol tidak kelakar dan mereka yang dianiaya perlu bersuara.

Itulah mesej yang disampaikan ratu terjun Malaysia, Pandelela Rinong, setelah tular di media sosial mengenai seorang pelakon tempatan menceritakan adegan rogol dalam filem yang dilakonkannya dahulu, dalam sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

Menceritakan masalah yang pernah melanda kem terjun kebangsaan, atlit berusia 28 tahun itu mendakwa bekas jurulatihnya suka membuat lawak lucah sebelum individu itu berdepan isu rogol melibatkan seorang penerjun negara beberapa tahun lalu.

"Dulu saya ada seorang jurulatih ini suka buat lawak lucah, saya buat diam sahaja, tak pun fake laugh (pura-pura ketawa) sebab takutkan dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik.

"Tapi paling sedih dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlit tak boleh buat apa, sebab back up (pembela) besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri," dia membuka mulut menerusi catatan Twitter hari ini (21 Okt).

Bagaimanapun, penerjun kelahiran Sarawak itu bersyukur apabila para penerjun kini dilindungi oleh persatuan sukan mereka selepas isu berkenaan terbongkar.

“Pengajaran daripada kisah ini, kita memerlukan pemimpin baik yang dapat membetulkan apa yang salah dan bukannya menutup mata kepada kejahatan dan mereka yang dianiaya harus bersuara! Suara yang kecil tetap penting sekiranya kita bersatu,” tegasnya.

Catatan Pandelela itu menjadi tular apabila ia diulang kicau lebih 10,000 kali dan mendapat lebih 11,000 tanda suka.

Menyuarakan pendapat yang sama, Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa tiada tolak ansur terhadap lawak rogol dan ia tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.

“Rogol bukan jenaka. Keselamatan atlit kita adalah yang terpenting,” katanya dalam catatan Twitternya. 

Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam balasan kepada catatan Pandelela itu memuji pemenang pingat Olimpik dua kali tersebut atas keberaniannya bersuara mengenai isu berkenaan.

Encik Khairy, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, berkata keselamatan atlit daripada penganiayaan fizikal dan mental adalah jauh lebih penting daripada memenangi pingat setiap hari.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan