Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Larian Obor Sukan Asia di Indonesia bermula di Yogyakarta

Larian Obor bagi Sukan Asia bermula di bandar Yogyakarta, Indonesia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2018 06:16PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 09:02PM

YOGYAKARTA: Larian Obor bagi Sukan Asia bermula di bandar Yogyakarta, Indonesia. Gabenor Sri Sultan Hamengku Buwono X memulakan acara dari Istana Yogyakarta dan kemudian menyerahkan obor kepada pelari pertama, Menteri Luar Retno Marsudi.

Ibu kota Jakarta dan bandar Palembang, Sumatera, akan menjadi tuan rumah bersama Sukan Asia ke-18 dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

Jawatankuasa Penganjur mengatakan acara larian obor selama sebulan akan menjelajah 54 bandar meliputi 18,000 kilometer.

Ia akan berakhir di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta bagi acara pembukaan Sukan tersebut. Sekitar 9,000 atlit dijangka menyertai Sukan Asia kali ini.  

Sumber : Agensi berita/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan