Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Larian obor Olimpik Tokyo bermula

Larian obor Sukan Olimpik Tokyo bermula pada Khamis (25 Mac) di wilayah Fukushima, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Larian obor Olimpik Tokyo bermula

Atlet wanita Jepun Azusa Iwashimizu, menjadi pembawa obor pertama larian obor Olimpik Tokyo yang bermula 25 Mac (Gambar: AFP/Kim Kyung-hoon)

Diterbitkan : 25 Mar 2021 04:37PM Dikemas Kini : 25 Mar 2021 04:42PM

IWAKI: Larian obor Sukan Olimpik Tokyo bermula pada Khamis (25 Mac) di wilayah Fukushima, lapor Xinhua.

Pemain bola sepak wanita Jepun Azusa Iwashimizu, menjadi pembawa obor pertama dan larian itu akan mengambil masa selama 121 hari merentasi 47 wilayah.

Disertai 14 rakan sepasukan yang lain serta jurulatih Norio Sasaki, beliau akan memulakan larian dari pusat latihan bola sepak kebangsaan J-Village.

J-Village pernah menjadi pusat pemindahan selepas kawasan sekitar Fukushima dilanda gempa dan tsunami pada 2011.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Olimpik Jepun Tamayo Marukawa dan Gabenor Tokyo Koike Yuriko.

Sumber : Bernama/Agensi/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan