Images
  • chelsea ajax
    Chelsea seri 4-4 dengan Ajax dalam perlawanan pada 5 Nov (Gambar: Glyn Kirk/AFP)

Lampard yakin Chelsea boleh langkah jauh setelah seri 4-4 dengan Ajax

LONDON: Frank Lampard yakin pasukan Chelsea akan melangkah jauh apabila anak didiknya terus berjuang untuk bangkit dari 4-1 dan akhirnya seri 4-4 dalam perlawanan menentang Ajax di Stamford Bridge pada Selasa (5 Nov).

Pada separuh pertama perlawanan, Chelsea kelihatan seperti pasti kalah dengan gol sendiri dari Tammy Abraham dan Kepa Arrizabalaga menambah jaringan Quincy Promes dan Donny Van der Beek untuk membolehkan pasukan Belanda mendahului 4-1.

Bagaimanapun, setelah Cesar Azpilicueta mengembalikan rentak permainan menjadikan keputusan 4-2, pemain Ajax Daley Blind dan Joel Veltman pula dilayangkan kad merah, memberi pasukan tuan rumah gol penalti mereka yang kedua malam itu.

Jorginho menjaringkan gol penaltinya yang kedua, sebelum Reece James menjaringkan gol penyamaan.

Tendangan Azpilicueta hampir memberi kemenangan buat Chelsea, namun VAR membatalkan gol tersebut setelah memutuskan Abraham telah menyentuh bola dengan tangannya.

"Selama bertahun-tahun bersama Chelsea, saya ada malam yang teruk dan juga malam yang menakjubkan, tetapi malam ini adalah terbaik," kata Lampard yang sebelum ini pernah memenangi Liga Juara-Juara sepanjang kerjayanya selama 13 tahun sebagai pemain Chelsea.

"Semangat yang kami tonjolkan dan perwatakan adalah sesuatu yang saya dan saya fikir penyokong juga suka. Kami perlu mengemaskan permainan, itu sudah pasti, namun dengan semangat ini kami boleh melangkah jauh."

- AFP/TQ/tq

Top