Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lampard pesan Chelsea ketepikan percakapan balas dendam ke atas Man Utd

Frank Lampard mengingatkan bintang-bintang Chelsea supaya jangan terganggu dengan perbualan mengenai balas dendam terhadap Manchester United apabila mereka bertembung di separuh akhir Piala FA pada Ahad (19 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Lampard pesan Chelsea ketepikan percakapan balas dendam ke atas Man Utd

Frank Lampard (kiri) (Gambar: AP Photo)

Diterbitkan : 18 Jul 2020 10:31AM Dikemas Kini : 18 Jul 2020 10:37AM

LONDON: Frank Lampard mengingatkan bintang-bintang Chelsea supaya jangan terganggu dengan perbualan mengenai balas dendam terhadap Manchester United apabila mereka bertembung di separuh akhir Piala FA pada Ahad (19 Jul).

Pasukan Lampard sudah dikalahkan tiga kali oleh United pada musim ini.

Chelsea ditumpaskan 4-0 di Old Trafford dalam perlawanan pertama pasukan itu di bawah kendalian Lampard dalam Liga Perdana England.

Mereka juga tewas 2-1 kepada United pada pusingan keempat Piala Liga, manakala pasukan pimpinan Ole Gunnar Solskjaer terus mencatatkan kemenangan ke atas Blues dengan kemenangan liga 2-0 di Stamford Bridge pada Februari.

Lampard mengakui secara keseluruhan United menunjukkan kelakonan lebih baik dalam perlawanan-perlawanan itu dan pengurus Chelsea itu hanya ingin menumpukan perhatian kepada aturan permainan yang tepat kali ini.

"Mengetahui keadaan perlawanan, secara adil kami tewas tiga perlawanan, itu hakikatnya, dan saya bukan membalas dendam, saya hanya mahu memenangi perlawanan kami pada Ahad," kata Lampard kepada para wartawan pada Jumaat (17 Jul).

United menyaksikan sejumlah keputusan VAR memihak kepada mereka baru-baru ini, termasuk dua keputusan penting dalam kemenangan liga mereka di Crystal Palace pada Khamis.

Wilfried Zaha dinafikan penalti sejurus sebelum Marcus Rashford menjaringkan gol untuk United mendahului perlawanan, manakalan gol jaringan Jordan Ayew diputuskan dalam kedudukan 'offside'.

Lampard, yang pasukannya bertarung dengan United untuk kedudukan empat teratas liga, mengakui keputusan VAR membantu pasukan saingan mereka baru-baru ini.

"Saya ingin memikirkan bahawa anda kadang-kala perlu berfikir dengan munasabah. Adakalanya keadaan berpihak kepada anda, ada kalanya tidak, tetapi tampaknya ada satu tempoh Manchester United mendapat beberapa keputusan VAR yang menyebelahi mereka."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan