Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lampard larang pemain Chelsea berpelukan selepas jaring gol

 Frank Lampard mendedahkan bahawa beliau akan memberitahu para pemain Chelsea supaya tidak meraikan jaringan gol walaupun semasa menjalani latihan di tengah-tengah keprihatinan pelukan secara berkumpulan boleh menyebarkan penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Lampard larang pemain Chelsea berpelukan selepas jaring gol

Pengurus Chelsea, Frank Lampard. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2021 02:51PM Dikemas Kini : 15 Jan 2021 02:54PM

LONDON: Frank Lampard mendedahkan bahawa beliau akan memberitahu para pemain Chelsea supaya tidak meraikan jaringan gol walaupun semasa menjalani latihan di tengah-tengah keprihatinan pelukan secara berkumpulan boleh menyebarkan penularan COVID-19.

Liga Perdana England (EPL) sudah memberi amaran supaya jangan berbuat demikian bagi mematuhi protokol ketat COVID-19 selepas jangkitan akibat pandemik tersebut terus meningkat di Britain.

Pengurus Chelsea, Lampard percaya para pemain perlu mengawal diri selepas menjaringkan gol dalam perlawanan.

Beliau juga akan mengingatkan para pemainnya supaya jangan mengerumuni penjaring gol sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mencegah penularan COVID-19.

Apabila ditanya sama ada Chelsea akan berhenti meraikan jaringan gol semasa latihan, Lampard berkata: "Benar, mungkin kami akan melaksanakannya. Kami memang serius, kami mengamalkan jarak sosial sebanyak mungkin di pusat latihan.

"Di padang latihan, ia mungkin lebih sukar, kerana anda perlu berlatih dan berada dekat antara satu sama lain.

"Namun jika boleh, termasuk semasa latihan, anda perlu melakukannya, saya berharap kita juga dapat mengamalkannya dalam perlawanan setelah menjaringkan gol.

"Setakat ini pasti saya akan sampaikan kepada para pemain, dan anda boleh melihat kumpulan pemain ini berpelukan apabila mereka menang dalam perlawanan walaupun ia setakat latihan, jadi kami akan meneliti perkara itu."

Para pemain EPL dikecam hebat kerana masih meraikan jaringan gol minggu ini.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan