Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kylian Mbappe muncul sebagai bintang hebat baru bolasepak

Para pemain Perancis dan media sedunia memuji Kylian Mbappe sebagai bintang hebat baru yang muncul selepas pemain berusia 19 tahun itu menunjukkan permainan lebih menyerlah berbanding Lionel Messi dalam perlawanan yang memperlihatkan peralihan ke satu generasi baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Kylian Mbappe muncul sebagai bintang hebat baru bolasepak

Pemain Kylian Mbappe selepas menyumbatkan gol ke dalam gawang lawan. (Gambar: Franck Fife/ AFP)

Diterbitkan : 01 Jul 2018 11:10PM Dikemas Kini : 01 Jul 2018 11:14PM

KAZAN ARENA: Para pemain Perancis dan media sedunia memuji Kylian Mbappe sebagai bintang hebat baru yang muncul selepas pemain berusia 19 tahun itu menunjukkan permainan lebih menyerlah berbanding Lionel Messi dalam perlawanan yang memperlihatkan peralihan ke satu generasi baru.

Kepantasan dan ketangkasan Mbappe mendedahkan kelemahan Argentina di Kazan dalam kemenangan 4-3 pada hari Sabtu (30 Jun) yang memperkukuhkan kedudukan Perancis di kalangan pasukan kegemaran Piala Dunia.

Dengan keputusan itu, Perancis layak ke peringkat suku akhir.

Setelah terikat 1-1 dalam babak pertama, jaringan Mercado meletakkan Argentina di hadapan 2-1.

Namun Benjamin Pavard berjaya menyamakan semula kedudukan kepada 2-2 pada minit ke-64.

Kylian Mbappe pula menyumbangkan dua lagi gol untuk merubah kedudukan kepada 4-2

Dalam masa kecederaan, Sergio Aguero merapatkan jurang gol kepada 4-3.

Tetapi Perancis tetap menang untuk menempah tempat suku akhir menentang Uruguay, Jumaat ini. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan