Images
  • SPL match
    (Gambar: Mediacorp)

Kuota pemain bawah 23 tahun kelab Liga Perdana S'pura dikurangkan

SINGAPURA: Kuota pemain di bawah 23 tahun bagi kelab-kelab Liga Perdana Singapura (SPL) dikurangkan daripada tiga kepada hanya satu pemain untuk musim akan datang.

Ini ekoran penolakan daripada beberapa pihak.

Sebaliknya, kelab-kelab di mana pemain muda mereka diserap ke dalam pasukan negara akan diberi ganjaran kewangan.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), yang mengumumkan perubahan tersebut di kongres tahunannya menyatakan butiran insentif tersebut sedang diperhalusi.

Kuota pemain di bawah 23 tahun pertama kali diperkenalkan tiga tahun lalu dengan tujuan memberi lebih banyak peluang kepada pemain muda untuk beraksi.

Namun, sebilangan pihak berpandangan ia merampas peluang pemain senior dan sekaligus menjejas prestasi pasukan kebangsaan.

FAS turut akur keperluan bagi kelab-kelab profesional untuk mampu bersaing di peringkat serantau dan antarbangsa.

Namun ia menyatakan, pembangunan pemain muda tetap menjadi tumpuannya. 

- CNA/IQ/ha

Top