Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kumpulan sehingga 8 orang dibenarkan bagi kegiatan sukan dalam Fasa 3

Kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada para pemain atau peserta sehingga lapan individu akan dibenarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan sehingga 8 orang dibenarkan bagi kegiatan sukan dalam Fasa 3

Orang awam bermain bola sepak di Padang pada 21 Oktober 2020. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 24 Dec 2020 08:15PM Dikemas Kini : 24 Dec 2020 08:16PM

SINGAPURA: Kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada para pemain atau peserta sehingga lapan individu akan dibenarkan bagi kegiatan-kegiatan sukan apabila Singapura melangkah ke Fasa 3 pada Isnin (28 Dis) berbanding lima orang yang dihadkan sebelum ini, menurut Sport Singapore (SportSG) hari ini.

Seorang penyedia khidmat seperti pembimbing atau jurulatih daripada syarikat bertauliah juga akan dibenarkan untuk membimbing sesebuah kumpulan bagi program-program dan kelas-kelas yang dianjurkan.

Ini bermakna sukan-sukan berpasukan seperti bola keranjang, bola sepak, sepak takraw, hoki dan bola tampar boleh disambung semula dalam format empat lawan empat.

Sehingga lapan pendayung juga dibenarkan dalam sesebuah bot naga.

Sungguhpun demikian, para individu perlu menjaga jarak dua meter semasa bersenam atau bersukan, tambah SportSG dalam maklumannya.

Jika terdapat lebih daripada satu kumpulan yang mengongsi sesebuah ruang, kumpulan-kumpulan itu tidak boleh berinteraksi sesama mereka dan mereka juga mesti mengekalkan jarak tiga meter antara satu sama lain pada setiap masa.

Jarak tiga meter juga perlu dipatuhi bagi kelas-kelas senaman berat dalam bangunan ataupun bagi kegiatan-kegiatan yang melibatkan banyak pergerakan. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan