Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kumpulan penganjur F1 tidak puas hati dengan pemilik baru Liberty Media

Sebilangan besar pemaju acara perlumbaan Grand Prix Formula One mengeluarkan satu kenyataan pada Isnin (28 Jan) bagi melahirkan keprihatinan mereka mengenai cara sukan itu dikendalikan oleh pemilik barunya, Liberty Media.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan penganjur F1 tidak puas hati dengan pemilik baru Liberty Media

Hamilton mendahului perlumbaan Grand Prix Singapura. (Gambar: Kim Hong-Ji/Reuters)

Diterbitkan : 29 Jan 2019 12:05PM Dikemas Kini : 29 Jan 2019 12:09PM

LONDON: Sebilangan besar pemaju acara perlumbaan Grand Prix Formula One mengeluarkan satu kenyataan pada Isnin (28 Jan) bagi melahirkan keprihatinan mereka mengenai cara sukan itu dikendalikan oleh pemilik barunya, Liberty Media.

Persatuan Pemaju Formula One (FOPA) menyatakan bahawa para wakil dari 16 grand prix sudah bertemu di London untuk membincangkan keadaan itu menjelang musim perlumbaan ke-21 yang bermula di Australia pada Mac.

"Ia bukan sesuatu yang baik bagi jangka panjang sukan itu sekiranya para peminat tidak dapat akses kepada kandungan dan peluang menonton perlumbaan itu," menurutnya dalam satu kenyataan.

"Inisiatif-inisiatif baru Formula One tidak begitu jelas dan pelaksanaannya tidak dibincangkan dengan pihak kami," tambah kenyataan itu.

Menurut FOPA, anggotanya mahu "lebih banyak kerjasama" serta "peluang menawarkan pengalaman dan kepakaran dalam semangat kerjasama dengan Formula One dan (badan pentadbir) FIA."

Pengerusi FOPA adalah Stuart Pringle, pengarah pengurusan litaran Silverstone Britain yanng menganjurkan kejuaraan grand prix pertama pada 1950.

Hanya satu perlumbaan iaitu, Grand Prix Britain akan ditayangkan secara langsung dan percuma di Britain tahun ini, manakala perlumbaan lain ditayangkan di stesen berbayar Sky Sports.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan