Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Koeman bakal dilantik jadi jurulatih Belanda

Ronald Koeman dijangka dilantik sebagai jurulatih baru pasukan Belanda selepas persatuan bola sepak negara tersebut (KNVB) mengumumkan satu sidang media akan diadakan hari ini (6 Feb), demikian menurut beberapa laporan media.

Anggaran Waktu Membaca:
Koeman bakal dilantik jadi jurulatih Belanda

Bekas jurulatih Everton, Ronald Koeman. (Gambar: LEE SMITH/REUTERS)

Diterbitkan : 06 Feb 2018 08:01AM Dikemas Kini : 06 Feb 2018 08:07AM

REUTERS: Ronald Koeman dijangka dilantik sebagai jurulatih baru pasukan Belanda selepas persatuan bola sepak negara tersebut (KNVB) mengumumkan satu sidang media akan diadakan hari ini (6 Feb), demikian menurut beberapa laporan media.

Setakat ini, hanya Koeman sahaja yang dikaitkan dengan jawatan berkenaan oleh agensi-agensi media Belanda. Pelantikannya dijangka dirasmikan di ibu pejabat KNVB di Zeist.

Jurulatih 54 tahun itu akan mengambil alih tugas dari Dick Advocaat yang meletak jawatan November lalu menyusuli kegagalan pasukan Belanda melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Tugas utama Koeman adalah membangkitkan pasukan yang masih belum bersaing dalam apa jua kejuaraan utama sejak 2014 selepas terlepas peluang menempah tempat di Euro 2016 dua tahun lalu meskipun berjaya meraih kedudukan kedua di Piala Dunia lapan tahun lalu.

Warga Belanda itu akhirnya akan dapat menyambung semula kerjayanya selepas dipecat oleh Everton menyusuli prestasi yang tidak memuaskan dalam Liga Perdana.

Misi pertama Koeman sebagai jurulatih pasukan Belanda adalah perlawanan-perlawanan persahabatan menentang England dan Portugal Mac ini sedang skuadnya dijadikan sebagai persiapan Piala Dunia 2018 oleh kedua-dua pasukan itu. Matlamat utamanya pula adalah untuk mendapatkan tempat di Euro 2020.

Dalam pada itu, media Belanda melaporkan bahawa jurulatih penjaga gawang Everton, Patrick Lodewijks dan bekas pemain negara itu, Kees van Wonderen bakal menjadi pembantu Koeman sekaligus menutup peluang Ruud Gullit untuk meneruskan tugasnya sebagai pembantu jurulatih.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan