Images
  • salah
    (Gambar: AFP)

Klopp serba salah tegur Salah

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan beliau tidak akan meminta Mohamed Salah untuk mengubah cara permainannya biarpun timbul spekulasi mengatakan ia memberi kesan buruk kepada hubungan Salah dengan beberapa rakan sepasukan.

Penyerang Liverpool, Sadio Mane menarik perhatian ramai apabila beliau melepaskan kemarahannya selepas digantikan ketika The Reds meraih kemenangan 3-0 ke atas Burnley.

Kemarahan pemain antarabangsa Senegal itu dikatakan berpunca daripada tindakan Salah yang tidak mengumpan bola kepadanya biarpun beliau berada di posisi terbaik bagi menjaringkan gol, beberapa minit sebelum digantikan.

Salah, 27 tahun, sudah menjaringkan 74 gol buat Liverpool sejak menyertai pasukan itu dari Roma pada 2017 tetapi sering dikritik disebabkan sikapnya yang terlalu mementingkan diri.

Klopp turut menunjukkan kekecewaannya selepas penyerang Mesir itu enggan menyerahkan bola kepada Roberto Firmino ketika permainan di babak kedua tetapi beliau berpendapat ia bukan isu besar.

"Saya dapat menggambarkan lima atau enam situasi yang mana semua orang berfikir, 'hantar, hantar, hantar dan kemudian beliau menjaringkan gol.

"Jadi, ini adalah kebebasan sebagai pemain. Pemain perlu membuat keputusan sama ada mahu menghantar bola atau sebaliknya.

"Kita boleh melakukan kesilapan ini. Anda boleh hilang bola atau tersalah sepak atau ada masanya tidak dapat melihat rakan sepasukan. Ia bukanlah disebabkan mereka tidak mengendahkannya.

"Ia bukanlah isu besar tetapi sebagai penyerang, anda akan berdepan situasi ini," kata Klopp

- AFP/NA/na

Top