Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Klopp dinobat pengurus terbaik Liga Perdana musim ini

Jurgen Klopp diumumkan sebagai pengurus terbaik Liga Perdana England (EPL) musim ini selepas memimpin kelabnya, Liverpool untuk menjuarai mahkota liga buat kali pertama dalam tempoh tiga dekad.

Anggaran Waktu Membaca:
Klopp dinobat pengurus terbaik Liga Perdana musim ini

Jurgen Klopp. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 10:13PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 10:19PM

LONDON: Jurgen Klopp diumumkan sebagai pengurus terbaik Liga Perdana England (EPL) musim ini selepas memimpin kelabnya, Liverpool untuk menjuarai mahkota liga buat kali pertama dalam tempoh tiga dekad.

Pengurus berusia 53 tahun itu mengetepikan cabaran daripada pengurus Chelsea Frank Lampard, pengurus Leicester City Brendan Rodgers, yang beliau gantikan di Liverpool pada 2015, dan pengurus Sheffield United Chris Wilder untuk anugerah tersebut.

Liverpool menyingkirkan Manchester City daripada takhta liga selepas menamatkan musim ini dengan kelebihan 18 mata, setelah mengumpul 99 mata dan menang 32 daripada 38 perlawanan liga.

Klopp yang memimpin Liverpool merangkul piala Liga Juara-Juara pada musim 2018/19, diiktiraf sebagai pengurus terbaik tahunan oleh Persatuan Pengurus Liga pada Julai lalu. 

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan