Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Klopp dinamakan pengurus tahunan terbaik LMA

Jurgen Klopp dipilih sebagai Pengurus Tahunan Terbaik Persatuan Pengurus Liga (LMA) pada Isnin (27 Jul) selepas menamatkan penantian 30 tahun Liverpool untuk menang Liga Perdana.

Anggaran Waktu Membaca:
Klopp dinamakan pengurus tahunan terbaik LMA

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. (Gambar: AFP/Paul Ellis)

Diterbitkan : 28 Jul 2020 08:35AM Dikemas Kini : 28 Jul 2020 08:37AM

LONDON: Jurgen Klopp dipilih sebagai Pengurus Tahunan Terbaik Persatuan Pengurus Liga (LMA) pada Isnin (27 Jul) selepas menamatkan penantian 30 tahun Liverpool untuk menang Liga Perdana.

Klopp mengetuai Liverpool meraih gelaran Liga Perdana pada musim yang sama mereka bergelar juara Dunia Kelab FIFA.

Pengumuman anugerah tersebut bagi pengurus Jerman itu dibuat oleh bekas pengendali Manchester United, Alex Ferguson.

"Jurgen, menakjubkan," kata Ferguson di Sky Sports. "Kita bercakap mengenai Leeds menghabiskan 16 tahun dalam Liga Kejuaraan, tapi Liverpool 30 tahun sejak menang liga itu, menakjubkan.

"Anda sememangnya berhak. Tahap kelakonan pasukan anda menakjubkan. Personaliti anda menembusi keseluruhan kelab. Ia satu kelakonan yang hebat.

"Saya memaafkan anda kerana mengejutkan saya pada jam 3.30 pagi untuk memberitahu saya anda menang liga itu! Terima kasih, tapi sebenarnya anda memang berhak. Tahniah."

Bekas pengurus Borussia Dortmund, Klopp berkata kepada Ferguson: "Saya tahu ia tidaklah 100 peratus sesuai sebagai pengurus Liverpool, tapi saya mengaguminya. Saya masih ingat beliau ialah pengurus dari Britain pertama saya jumpa.

"Kami bersarapan bersama. Saya tidak pasti sama ada beliau ingat tetapi saya ingat kerana bagi saya saat seperti ini seolah-olah bertemu Pope. Ia amat hebat dan sejak musim pertama itu kami serasi.

"Saya tidak fikir pada ketika ini saya akan memiliki trofi di tangan saya yang dinamakan sempena namanya." 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan