Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kiria Tikanah tewas di tangan atlit lawan pedang terbaik dunia

Atlit lawan pedang negara, Kiria Tikanah, tersingkir daripada acara perseorangan epee wanita di Sukan Olimpik Tokyo pada Sabtu (24 Jul) selepas kalah 10-15 di tangan Ana Maria Popescu dari Romania dalam pusingan 32 peserta terakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Kiria Tikanah tewas di tangan atlit lawan pedang terbaik dunia

Kiria Tikanah kalah di tangan atlit lawan pedang terbaik dunia, Ana Maria Popescu dalam penampilan sulungnya di Sukan Olimpik. (Gambar: SNOC/Kong Chong Yew/Facebook)

Diterbitkan : 24 Jul 2021 03:02PM Dikemas Kini : 24 Jul 2021 03:06PM

TOKYO: Atlit lawan pedang negara, Kiria Tikanah, tersingkir daripada acara perseorangan epee wanita di Sukan Olimpik Tokyo pada Sabtu (24 Jul) selepas kalah 10-15 di tangan Ana Maria Popescu dari Romania dalam pusingan 32 peserta terakhir.

Atlit Singapura yang menduduki tangga ke-207 dalam ranking dunia itu ditundukkan oleh atlit lawan pedang terbaik dunia, Popescu.

Meskipun Popescu menang dengan kelebihan lima mata, hanya satu mata saja yang memisahkan beliau dan Kiria pada saat-saat akhir pertarungan mereka berdua.

"Saya rasa saya agak terburu-buru sedikit kerana saya mahu terus mengumpul mata ... Mulanya 11-9 kemudian saya dapat 11-10. Jadi, saya mahu mengekalkan momentum itu tetapi saya tergesa-gesa," kongsi Kiria.

Menurut Kiria, Popescu menunjukkan bahawa pengalaman memainkan peranan yang sangat penting dalam sukan lawan pedang.

Anak Melayu yang membuat penampilan sulung di temasya sukan terbesar itu turut menganggap pertarungan tersebut sebagai peluang untuk terus menimba ilmu.

"Beliau tahu tindakan apa untuk perlu diambil. Bagi saya pula, apa yang saya boleh pelajari adalah untuk lebih tenang, terutama apabila perbezaan mata begitu sengit," kata atlit Singapura itu.

"Pada masa akan datang, saya akan bertindak lebih agresif pada awal pertarungan dan tidak terlalu teragu-ragu serta cuba mengatur serangan dengan baik."

Pada pertarungan pertama, Kiria mengalahkan Coco Lin dari Hong Kong yang menduduki ranking ke-90 dunia, 15-11.

Kata Kiria, beliau berpuas hati dengan prestasinya secara keseluruhannya.

"Saya mahu berlatih lebih bersungguh-sungguh dan bertarung di Olimpik seterusnya," kata beliau penuh yakin.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan