Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kipchoge belum putuskan sertai Tokyo 2020, ingin pulih sepenuhnya dahulu

Atlet Kenya, Eliud Kipchoge berkata beliau memerlukan masa untuk pulih secara fizikal dan mental selepas menjadi orang pertama yang menghabiskan larian maraton dalam masa kurang dua jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kipchoge belum putuskan sertai Tokyo 2020, ingin pulih sepenuhnya dahulu

Kipchoge pecah rekod masa dua jam semasa menyertai acara larian maraton di Vienna. (Gambar: Lisi Niesner/Reuters)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 03:06PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 06:02PM

REUTERS: Atlet Kenya, Eliud Kipchoge berkata beliau memerlukan masa untuk pulih secara fizikal dan mental selepas menjadi orang pertama yang menghabiskan larian maraton dalam masa kurang dua jam.

Beliau belum memutuskan jika ingin mempertahankan gelaran itu di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun depan.

Kipchoge pada Sabtu (12 Okt) memecahkan halangan masa dua jam semasa menyertai acara larian maraton di Vienna. Masa yang dicatat adalah satu jam 59 minit dan 40 saat dalam satu percubaan tidak rasmi.

Sebelum menumpukan perhatian kepada cabaran selanjutnya, termasuk penyertaan dalam acara sukan Olimpik, lelaki berusia 34 tahun itu merancang untuk membina semula staminanya.

"Saya akan mengambil tiga minggu untuk berehat sebelum membuat keputusan selanjutnya. Saya kini mengambil banyak karbohidrat," kata Kipchoge semasa satu sesi soal jawab di laman Facebooknya.

"Saya menumpukan perhatian sepenuhnya pada proses pemulihan dan saya belum terfikir untuk menyertai pertandingan lain. Masih terlalu awal untuk bercakap (tentang sukan Olimpik).

"Saya tidak mengatakan bahawa saya tidak lagi akan menyertai acara larian maraton tetapi saya ingin pulih dahulu sebelum membuat keputusan."

Menamatkan larian maraton dalam masa kurang dua jam dianggap sebagai pencapaian terbesar dalam sukan olahraga sejak warga Britain, Roger Bannister menamatkan larian jarak 1 batu dalam empat minit pada 1954.

Kipchoge percaya, penyertaannya dalam acara larian dianjurkan dan dibiayai syarikat kimia Britain INEOS dan digelar sebagai cabaran 1.59 INEOS itu, akan menggalak generasi atlet seterusnya untuk mencapai tahap pencapaian baru di negara asalnya.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan