Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Khabib Nurmagomedov terbuka untuk berbaik semula dengan Conor McGregor

Juara UFC Khabib Nurmagomedov mendedahkan pada Isnin (27 Nov) bahawa beliau boleh membayangkan dirinya berbaik semula dengan Conor McGregor selepas pergaduhan yang mencemar pertarungan mereka bulan lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Khabib Nurmagomedov terbuka untuk berbaik semula dengan Conor McGregor

Khabib Nurmagomedov. (Gambar: khabib_nurmagomedov/Instagram)

Diterbitkan : 27 Nov 2018 10:56AM Dikemas Kini : 27 Nov 2018 11:01AM

RUSIA: Juara UFC Khabib Nurmagomedov mendedahkan pada Isnin (27 Nov) bahawa beliau boleh membayangkan dirinya berbaik semula dengan Conor McGregor selepas pergaduhan yang mencemar pertarungan mereka bulan lalu.

Kedua-kedua Khabib dan McGregor sedang menanti satu perbicaraan pada 10 Disember dengan Suruhanjaya Olahraga Nevada, untuk mengetahui sekiranya tindakan mereka itu akan membawa kepada sekatan lanjut namun Khabib menekankan bahawa tiada alasan baginya dan McGregor untuk terus bermusuhan.

"Tiada yang mustahil. Saya dan McGregor bergaduh supaya kami dapat berbaik semula," menurut Khabib.

Beliau menambah bahawa beliau tidak tahu bagaimana beliau akan bertindak bila melihat McGregor lagi namun berkata "siapakah kita untuk tidak memaafkan orang lain apabila Tuhan memaafkan kita?"

"Untuk legasi dan aspek kewangan, dan dari sudut sukan, saya berpendapat bahawa pertarungan dengan Mayweather lebih menarik," menurut Khabib. Bagaimanapun sebarang rundingan dihentikan sehingga selepas perbicaraan tentang kesudahan pergaduhan dengan McGregor.

"Suruhanjaya Olahraga perlu menyelesaikannya dahulu, kemudian kami akan berbincang."

Khabib semakin meningkat sebagai suara konservatif berpengaruh di Rusia dengan mengkritik kelab-kelab malam di tempat kelahirannya di Dagestan. Beberapa atlet Rusia beralih ke bidang politik selepas bersara termasuk petinju heavyweight Nikolai Valuev, yang kini seorang anggota parlimen, tetapi Khabib berkata bahawa beliau tiada rancangan untuk berbuat demikian.

"Saya cuba jauhkan diri daripada semua itu," katanya. "Perkara yang utama adalah mempunyai niat untuk membantu orang lain dan anda tidak perlu menjadi seorang anggota parlimen untuk berbuat demikian." 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan