Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Khabib Nurmagomedov derma AS$100,000 kepada badan amal pesaingnya

Khabib Nurmagomedov berpegang pada janjinya untuk mendermakan AS$100,000 (S$138,000) kepada Yayasan Good Fight Dustin Poirier -- dan Presiden UFC, Dana White turut memadankan jumlah sumbangan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Khabib Nurmagomedov derma AS$100,000 kepada badan amal pesaingnya

Khabib Nurmagomedov. (Khabib Nurmagomedov/Facebook)

Diterbitkan : 20 Sep 2019 08:14AM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 08:32AM

RUSIA: Khabib Nurmagomedov berpegang pada janjinya untuk mendermakan AS$100,000 (S$138,000) kepada Yayasan Good Fight Dustin Poirier -- dan Presiden UFC, Dana White turut memadankan jumlah sumbangan itu.

Juara UFC dari Rusia berusia 30 tahun itu, menewaskan Poirier 30 tahun di UFC 242 pada 7 September dan berjaya mempertahankan kejuaraan lightweight yang disandangnya.

Selepas perlawanan itu, Khabib menyarung kemeja-T bekas juara lightweight sementara itu dan berjanji akan menjualnya untuk mengumpul dana bagi Yayasan Good Fight.

'Diamond' yang baru berjinak-jinak kembali ke gelanggang perlawanan pada Disember, mengesahkan di akaun Twitternya bahawa presiden UFC, White memadankan jumlah wang yang diderma Khabib.

Poirier amat teruja dengan wang yang disumbangkan oleh Khabib dan White dan berkata bahawa "ia akan membantu ramai orang."

Yayasan Good Fight bekerjasama dengan Fight For The Forgotten untuk membantu menyokong kanak-kanak Batwa Pygmy "selepas satu banjir kilat memusnahkan satu-satunya sumber air di sekolah mereka dan rumah anak yatim."

Kedua-dua pihak sedang berusaha mengumpul AS$25,000 (S$34,000) untuk membina perigi baru, sistem pam yang beroperasi dengan tenaga suria s erta struktur penyokong tangki air. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan