Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Khabib hanya akan setuju bertarung semula dengan Conor Mcgregor di gelanggang tinju

Perlawanan kedua antara Khabib Nurmagomedov dengan Conor Mcgregor besar kemungkinan akan menjadi salah satu pertarungan yang paling besar di UFC. 

Anggaran Waktu Membaca:
Khabib hanya akan setuju bertarung semula dengan Conor Mcgregor di gelanggang tinju

Khabib Nurmagomedov bersama ayahnya. (Gambar: khabib_nurmagomedov/Instagram)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 07:35PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 07:39PM

RUSIA: Perlawanan kedua antara Khabib Nurmagomedov dengan Conor Mcgregor besar kemungkinan akan menjadi salah satu pertarungan yang paling besar di UFC. Lebih dua juta orang menyaksikan perlawanan pertama antara kedua-dua lelaki itu, sekaligus menjadikannya pertarungan seni bela diri yang disaksikan jumlah penonton paling ramai sejauh ini.

Bagaimanapun, sekiranya berlaku perlawanan sekali lagi antara Khabib dengan Conor, ia hanya akan menjadi kenyataan sekiranya Khabib berentap dengan Conor di gelanggang tinju dan bukan seni bela diri campuran atau MMA.

Demikian idea dipertimbangkan oleh bapa Khabib, Encik Abdulmanap, apabila ditanya oleh berita Rusia, Izvestia.

"Kami berminat sekiranya Conor bersetuju bertarung dalam gelanggang tinju, menurut Encik Abdulmanap. "Khabib membuktikan bahawa beliau berjaya menewaskan antara jaguh hebat seni bela diri. Beliau pernah berkata sedemikian sebelum ini, tetapi hanya segelintir yang mempercayainya. Bagaimanapun, hanya setelah menewaskan Michael Johnson, Edson Barboza, dan Conor, orang ramai mula percaya.

"Nurmagomedov mampu melakukannya di gelanggang tinju. Khabib punya segala kemahiran untuk menang di bawah peraturan tinju. Salah satu kemahirannya adalah daya tahannya yang tinggi. Saya ingat pertarungannya dengan laquinta, di mana Khabib membuktikan kesediaannya berlawan dalam sebarang arena," tambah Enclik Abdulmanap lagi.

Sejak McGregor ditewaskan di UFC 229, beliau sudah acap kali berkata bahawa beliau ingin bertarung sekali lagi dengan Khabib - serta merta atau setelah beberapa perlawanan lain.

Dengan rancangan Dana White untuk membangunkan sukan tinju Zuffa dalam masa dekat, mungkin perlawanan tinju antara Khabib dan Conor bukan lagi sesuatu yang mustahil. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan