Images
  • khabib
    Khabib Nurmagomedov. (Gambar: Khabib "the Eagle" Nurmagomedov/Facebook)

Khabib cabar Mayweather Jr bertarung dalam tinju dan UFC

RUSIA: Khabib Nurmagomedov mahu berentap dengan Floyd Mayweather - satu di gelanggang tinju dan satu lagi dalam medan pertarungan UFC.

Menurut Khabib, 30 tahun, ia adalah cara terbaik untuk menambat hati para peminat yang benar-benar mahu menyaksikan kedua-dua jaguh hebat itu bertarung.

Sebelum ini Khabib sudah menyarankan untuk masuk gelanggang dengan Mayweather dalam pertarungan tinju dan seni bela diri campuran atau MMA.

Bercakap kepada beIN Sports, Khabib berkata: "Jika kami berdua bersetuju dengan perjanjian ini, para peminat tentunya akan gembira.

"Pertembungan pertama di gelanggang dan kedua dalam kandang, baru ia benar-benar hebat. Saya ingin menguji diri dalam bidang tinju, ia sesuatu yang wajar."

Mayweather pula pernah berkata sebelum ini bahawa beliau mungkin mencuba UFC semasa The Money mengumumkan bahawa beliau sedang berlatih dalam seni bela diri campuran.

Bagaimanapun, menurut presiden UFC Dana White, Mayweather hanya boleh bertarung dengan Khabib di bawah peraturan MMA.

- Agensi berita/NA/na

Top