Images
  • khabib
    Khabib Nurmagomedov. (Gambar: khabib_nurmagomedov/Instagram)

Khabib akan didenda AS$500,000 dan dilarang bertarung 9 bulan, kata bapanya

RUSIA: Bapa Khabib Nurmagomedov kelihatan sudah mendedahkan hukuman yang akan dijatuhkan atas anaknya, bagi kekecohan yang dicetuskannya kerana bergaduh selepas pertarungan UFC 299 dengan Conor McGregor.

Perbuatan itu turut mengakibatkan pergaduhan dalam Octagon, di mana McGregor bertumbuk dengan sepupu Khabib, Abubakar, lapor Daily Express.

Beberapa saat setelah beliau ditarik daripada tembok gelanggang itu, McGregor diserang oleh anggota pasukan Khabib, Zubaira Tukhugov - seorang atlit UFC lightweight - dan Esedulla Emiragaev kemudian memanjat ke dalam Octagon dan menumbuk McGregor dari belakang.

Suruhanjaya Olahraga Nevada (NAC) menangguhkan menjatuhkan hukuman terhadap mereka tetapi membenarkan mereka terus bertarung.

Daily Express melaporkan bahawa NAC dijangka akan menggantung kedua-dua mereka pada 29 Januari.

Dalam pada itu, bapa Khabib, Encik Abdulmanap, memberi bayangan bahawa pasukan anaknya sudah bersetuju untuk satu perjanjian penyelesaian, sekaligus melihat juara UFC Rusia pertama yang didenda AS$500,000 (S$689,000) dan dilarang daripada bertanding di Nevada selama sembilan bulan.

"Saya tidak tahu bagaimana ia akan berakhir," menurut Encik Abdulmanap mengenai isu-isu yang dihadapi anaknya dengan NAC.

"Sejauh yang saya fahami, kami akan didenda AS$500,000 (S$690,000), dan mungkin kami tidak boleh bertarung selama sembilan bulan."

Encik Abdulmanap yang berasa kecewa dengan kekecohan yang berpunca daripada Khabib, menambah: "Sudah tentunya ia tidak sepatutnya berlaku. Sekarang kami hanya menanti-nantikan masa depan yang cerah dan perlawanan-perlawanan lain yang menguntungkan."

Sekiranya Khabib memang dilarang bertarung selama sembilan bulan, penggantungan itu berkemungkinan mengundurkan tarikh kepada 6 Oktober, sekali gus bermakna bahawa Khabib bebas bertarung mulai 6 Julai lapor Daily Express lagi.

Hukuman tersebut memberi peluang kepada Khabib untuk kembali ke Octagon semasa minggu Perlawanan Antarabangsa. Ketua jurulatih Khabib, Encik Javier Mendez menginginkan NAC untuk mengenakan sekatan yang sama terhadap McGregor.

"Jika seseorang akan dijatuhi hukuman, pihak yang lain juga perlu dihukum dengan cara yang sama", beritahu Encik Mendez kepada Express Sport. "Tidak boleh ada layanan istimewa untuk salah seorang daripada mereka.

"Jika mereka akan dihukum, kedua-dua akan dihukum, Jika seseorang tidak dihukum, tiada sesiapa pun patut dihukum."

Encik Mendez berpendapat bahawa NAC patut mengambil kira percakapan mengarut sebelum pertarungan itu berlangsung, di mana beliau berasa bahawa McGregor sudah melampaui batas. 

- Agensi berita/NA/na

Top