Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Khabar angin bertiup Ronaldo mahu keluar dari Juventus

Jurulatih Juventus Andrea Pirlo berkata desas desus bahawa Cristiano Ronaldo mungkin meninggalkan kelab itu adalah dijangkakan setelah pasukan Itali itu terkeluar daripada Liga Juara-Juara selepas kecundang di tangan Porto pada Selasa (9 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Khabar angin bertiup Ronaldo mahu keluar dari Juventus

Gambar fail Ronaldo. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Mar 2021 11:15PM Dikemas Kini : 13 Mar 2021 11:20PM

REUTERS: Jurulatih Juventus Andrea Pirlo berkata desas desus bahawa Cristiano Ronaldo mungkin meninggalkan kelab itu adalah dijangkakan setelah pasukan Itali itu terkeluar daripada Liga Juara-Juara selepas kecundang di tangan Porto pada Selasa (9 Mac).

Ronaldo dikritik kerana prestasi yang mengecewakan setelah juara Serie A itu disingkir oleh kelab Portugal itu dengan kelebihan gol di padang lawan. Ini kali kedua berturut-turut Juventus tersingkir dalam pertandingan di peringkat 16 teratas.

Penampilan suku akhir Juventus pada 2018/19 adalah yang paling jauh pernah ia langkah dalam Liga Juara-Juara sejak menandatangani Ronaldo dengan harga 100 juta euro <<>> pada 2018.

Penyingkiran awal musim ini menyebabkan andaian di media Sepanyol bahawa penyerang itu mungkin kembali ke kelab lamanya, Real Madrid.

"Tentunya beliau kecewa dengan apa yang terjadi malam itu, seperti anggota pasukan yang lain," kata Pirlo semasa sidang media.

"Adalah normal untuk mendengar khabar-khabar angin. Beliau adalah tokoh terpenting dalam bola sepak dan beliau sering menjadi percakapan orang. Tetapi perlu kita ingatkan bahawa beliau sering menunjukkan prestasi baik, menjaringkan sekitar 90 gol untuk Juventus, dan membuktikan nilai dirinya.

"Kegagalan menjaringkan gol dalam perlawanan boleh terjadi, sama seperti yang terjadi pada orang lain. Tetapi lebih banyak kekecohan tercetus mengenai dirinya."

Juventus memenangi sembilan gelaran terakhir Serie A, tetapi tempoh dominasi domestik mereka kelihatan akan berakhir musim ini. Pasukan itu menduduki tempat ketiga dalam carta liga dan 10 mata di belakang Inter Milan walaupun mempunyai satu permainan dalam tangan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan