Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ketua La Liga sahkan kelab sambung semula latihan mulai Isnin

Selepas Bundesliga Jerman, kini aksi bola sepak Sepanyol pula semakin hampir disambung.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua La Liga sahkan kelab sambung semula latihan mulai Isnin

Bola sepak La Liga Santander. (Gambar fail: Albert Gea/REUTERS)

Diterbitkan : 18 May 2020 11:23PM Dikemas Kini : 18 May 2020 11:24PM

MADRID: Selepas Bundesliga Jerman, kini aksi bola sepak Sepanyol pula semakin hampir disambung.

Presiden La Liga, Javier Tebas, mengesahkan dua divisyen utama liga bola sepak Sepanyol itu akan mula berlatih mulai Isnin (18 Mei).

Sabtu lalu, pemerintah Sepanyol membenarkan kelab-kelab bola sepak negara itu kembali dengan kegiatan masing-masing, tidak kira apa status perintah sekatan di wilayah mereka.

Ini bermakna latihan para pemain bola sepak Sepanyol boleh dijalankan dalam kumpulan 10 orang.

Sebelum ini, hanya pasukan bola sepak dari wilayah dalam fasa satu kelonggaran sekatan perintah membendung penularan COVID-19 yang dibenarkan kembali berlatih.

Semua aksi bola sepak Sepanyol digantung sejak 12 Mac lalu dan kelab-kelab dijangka kerugian sehingga 1 bilion Euro (S$1.5 bilion) jika musim sekarang tidak disambung.

Namun, sambungan semula perlawanan bola sepak di Sepanyol perlu diluluskan dulu kementerian kesihatan negara itu.

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan