Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kes bunuh atlit Kenya Tirop: Polis buru suami dipercayai suspek utama

Polis sedang memburu suami kepada atlit Agnes Tirop, 25 tahun, yang dipercayai melarikan diri selepas pemenang rekod dunia itu ditemui mati di kediamannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh atlit Kenya Tirop: Polis buru suami dipercayai suspek utama

Atlit jarak jauh Kenya, Agnes Jebet Tirop. (Gambar fail: KARIM JAAFAR / AFP)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 01:23PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 01:26PM

UNITED KINGDOM: Polis sedang memburu suami kepada atlit Agnes Tirop, 25 tahun, yang dipercayai melarikan diri selepas pemenang rekod dunia itu ditemui mati di kediamannya.

Ketua Polis Iten, Tom Makori memaklumkan, pihaknya sudah membuka kertas siasatan terhadap suami Tirop sebagai suspek utama berhubung kes pembunuhan itu, lapor BBC.

Tirop dilaporkan hilang oleh bapanya pada Selasa (12 Okt) sebelum polis menemui mayat mangsa di rumahnya.

"Apabila anggota polis tiba di rumah itu, mereka menemui mayat mangsa di atas katil.

"Mangsa didapati telah ditikam di bahagian leher oleh senjata tajam seperti pisau dan kami percaya ini menyebabkan kematiannya.

"Suami mangsa masih belum dapat dikesan dan pencarian secara besar-besaran sudah dilancarkan dengan harapan dia dapat memberitahu apa yang berlaku ke atas Tirop," kata Encik Makori.

Polis sedang meneliti rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.

Tirop turut ditemui dengan kesan tikaman di bahagian perut, lapor BBC.

Pemenang pingat gangsa Kejohanan Olahraga mendapat tempat keempat dalam perlawanan akhir acara 5,000 meter di Temasya Olimpik Tokyo 2020.

Bulan lepalu, Tirop juga memecahkan rekod dunia dalam acara larian 10 kilometer wanita di Jerman. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan