Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Keputusan terhadap Khabib dan McGregor akan diputuskan tidak lama lagi

Suruhanjaya Olahraga Nevada (NAC) akan menjatuhkan hukuman ke atas Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan terhadap Khabib dan McGregor akan diputuskan tidak lama lagi

Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 10:24PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 10:34PM

AMERIKA SYARIKAT: Suruhanjaya Olahraga Nevada (NAC) akan menjatuhkan hukuman ke atas Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor tidak lama lagi.

Kedua-dua bintang UFC itu menghadapi denda dan digantung bertarung disebabkan satu pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua pihak itu setelah Khabib menewaskan McGregor melalui 'submission' pada pusingan keempat. Khabib menyerang Dillon Danis manakala McGregor turut terlibat dalam pergaduhan itu apabila beberapa anggota kumpulan Khabib, memanjat ke dalam kandang tersebut.

Pada malam Jumaat (30 Nov), presiden UFC Dana White ditanya mengenai senario paling teruk yang akan Khabib hadapi. Khabib merupakan juara lightweight UFC. Encik White meramalkan bahawa, ia tidak adil jika NAC menggantung Khabib daripada bertarung melebihi setahun. Ini menurut agensi berita MMA Fighting. 

"Saya tidak rasa NAC akan menggantung Khabib daripada bertarung melebihi setahun. Jika ia melebihi setahun, ia tidak adil. Insiden itu dihentikan dalam 40 saat saja, tiada sesiapa pun yang cedera. Tiada apa-apa yang berlaku. Bagaimanapun, saya berpendapat NAC perlu memberi amaran tegas tetapi, saya berharap ia tidak melebihi setahun," kata Encik Dana White.

MMA Fighting melaporkan bahawa Danis dan anggota pasukan Khabib, Zubaira Tukhugov dan Abubakar Nurmagomedov turut menghadapi sekatan daripada NAC menyusuli pergaduhan itu. McGregor menumbuk Abubakar Nurmagomedov apabila mereka berada di dalam gelanggang setelah Khabib menerkam Danis.

Sementara itu, Zubaira Tukhugov memasuki Octagon itu dan menumbuk Conor. Esedulla Emiragaev kemudian memanjat ke dalam Octagon dan menumbuk Conor dari belakang sebelum pergaduhan itu dileraikan oleh pihak keselamatan, Polis Metro Las Vegas dan para inspektor NAC.

Menurut Encik Dana White, besar kemungkinan Tony Ferguson akan bertarung dengan Khabib dan beliau "memang layak". Ferguson menewaskan Anthony Pettis di UFC 299 sama, seperti mana Khabib menewaskan Conor, lapor MMA Fighting lagi.

Meskipun keputusan NAC belum lagi jelas dan masih terdapat beberapa perkara yang kurang jelas mengenai divisi lightweight, Encik White berkata bahawa beliau tidak bimbang akan keputusan yang bakal dijatuhkan itu. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan