Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kemenangan 5-1 bangkitkan keyakinan Manchester United

Pengurus sementara Manchester United Ole Gunnar Solskjaer yakin kelab pimpinannya akan dapat merapatkan jurang mata antaranya dengan empat kelab teratas liga sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemenangan 5-1 bangkitkan keyakinan Manchester United

Pengurus sementara Man Utd Ole Gunnar Solskjaer (tengah) bersama para pemain selepas kalahkan Cardiff City 5-1 pada 22 Dis 18 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Dec 2018 08:12PM Dikemas Kini : 23 Dec 2018 08:16PM

MANCHESTER: Pengurus sementara Manchester United Ole Gunnar Solskjaer yakin kelab pimpinannya akan dapat merapatkan jurang mata antaranya dengan empat kelab teratas liga sekarang.

Bekas pemain United itu memberikan penilaian tersebut selepas anak-anak buahnya yang bertanding di padang lawan membelasah Cardiff City, 5-1 dini hari tadi (23 Dis).

Man U kini berada di tangga keenam, lapan mata di belakang empat kelab teratas liga.

Ini merupakan kali pertama United menghasilkan lima gol dalam satu perlawanan sejak perlawanan terakhir di bawah Sir Alex Fergusan pada 2013.

Selain Marcus Rashford yang memulakan pesta gol United pada minit ketiga, jaringan-jaringan Anthony Martial, Anders Harrera selain Jesse Lingard yang menyumbang dua gol, memastikan United meraih tiga mata penuh.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan