Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

'Kembar' Manny Pacquiao hidup sebagai penoreh getah di Kota Kinabalu

Kalau di Iraq ada lelaki yang wajahnya salin tak tumpah seperti bintang bola sepak Mohamed Salah, di Kota Kinabalu pula ada 'kembar' Manny Pacquiao.

Anggaran Waktu Membaca:
'Kembar' Manny Pacquiao hidup sebagai penoreh getah di Kota Kinabalu

Aloysius Taidin (kiri) dijemput dalam satu acara di Kuala Lumpur. Wajahnya mirip dengan Manny Pacquiao (kanan). (Gambar-gambar: JN Gold & Jewels HQ/ Facebook/ AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2018 11:13PM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 11:30AM

SOOK: Kalau di Iraq ada lelaki yang wajahnya salin tak tumpah seperti bintang bola sepak Mohamed Salah, di Kota Kinabalu pula ada 'kembar' Manny Pacquiao.

Malah, kerana wajahnya yang sangat mirip dengan peninju Filipina itu, Aloysius Taidin sering disapa dengan panggilan Pac Man (gelaran Manny Pacquiao) dan turut menerima tempias populariti legenda tersebut.

Bagaimanapun, semua tidak seindah yang dijangkakan. Di samping menerima pujian para peminat Manny Pacquiao, Aloysius juga sering dikritik di laman Facebook.

Lantaran itu, beliau memutuskan untuk menutup akaun Facebooknya, lapor Astro Awani.

"Saya tidak mahu menumpang populariti Pac Man. Saya tetap Aloysius, si penoreh getah," katanya kepada Astro Awani semasa ditemui di Kampung Kabatang Baru.

Aloysius Taidin dijemput dalam satu acara di Kuala Lumpur. (Gambar-gambar: JN Gold & Jewels HQ/ Facebook)

Aloysius bekerja sebagai penoreh getah untuk menyara kehidupan empat anak dan isterinya sejak 2009.

Aloysius turut mendedahkan bahawa beliau tidak tahu tentang siapa Pacquiao sebenarnya. Beliau pernah menonton pertarungan antara Pac Man dengan Miguel Cotto tetapi tidak menyedari wajahnya mirip dengan peninju Filipina itu.

"Satu hari seorang penduduk dari Tambunan menegur dan bertanya jika saya Manny Pacquiao, saya hanya mengatakan mungkin sudah takdir," katanya kepada Astro Awani.

Aloysius tinggal di sebuah kampung yang terletak di Sook, di mana ia memakan masa hampir empat jam dari Kota Kinabalu. Beliau sukar dihubungi kerana tidak mempunyai telefon bimbit.

Ketika ditanya jika beliau berminat dengan sukan tinju, Aloysius yang lahir pada 20 September 1973 dan setinggi 1.55 meter berkata bahawa beliau memang meminati seni mempertahankan diri tetapi lebih cenderung kepada sukan 'kickboxing'.

Aloysius bagaimanapun berharap tuah itu dapat membantu merubah kehidupan keluarganya kerana beliau kini hanya membawa pulang RM300 (S$100) setiap bulan sebagai seorang penoreh getah. Keluarganya pula hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan