Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kematian budak lelaki cetus debat impian kanak-kanak Muay Thai

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang tewas dalam pertandingan tinju di Thailand baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat sama ada kanak-kanak seharusnya dibenarkan mengambil bahagian dalam sukan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian budak lelaki cetus debat impian kanak-kanak Muay Thai

Muay Thai dianggap satu-satunya peluang untuk keluar dari lingkaran kemiskinan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Nov 2018 12:10PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 12:14PM

BANGKOK: Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang tewas dalam pertandingan tinju di Thailand baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat sama ada kanak-kanak seharusnya dibenarkan mengambil bahagian dalam sukan itu, yang dianggap sebagai satu-satunya peluang untuk keluar dari lingkaran kemiskinan.

Anucha Kochana disahkan meninggal dunia akibat perdarahan otak pada Isnin (12 Nov) selepas beliau tewas dalam satu pertandingan tinju yang diadakan di luar bandar Bangkok pada petang Ahad (11 Nov).

Sukan tinju Thai yang juga dikenali sebagai Muay Thai adalah antara sukan yang paling diminati oleh berjuta-juta kanak-kanak lelaki yang mempunyai impian untuk menjadi kaya, selain membantu meringankan beban keluarga.

Namun, sukan itu tidak menetapkan peraturan had umur kanak-kanak yang menyertai perlawanan itu, mendedahkan mereka kepada risiko mengalami kecederaan serius atau sehingga menyebabkan kematian seperti kes Anucha.

Sungguhpun demikian, saudara maranya memberitahu pihak media bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan guaman terhadap kematiannya.

Para penggubal undang-undang yang dilantik oleh kerajaan tentera sudah menimbangkan untuk mengetatkan peraturan bagi mengharamkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun daripada menyertai sukan itu secara profesional.

Bagaimanapun, usaha itu tidak disambut baik oleh masyarakat petinju di negara itu.

"Peraturan baru itu perit untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka yang mendapat bayaran puluhan ribu baht daripada bertinju dalam sukan kebangsaan ini," kata Somchart Charoenwatcharawit, Presiden Persatuan Tinju Profesional Thailand. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan