Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kemampuan fizikal Ronaldo sama dengan pemain bola sepak 20 tahun

Ramai yang ingin menjadi hebat seperti Cristiano Ronaldo tetapi tidak ramai yang sanggup bekerja keras untuk mengikut jejak penyerang sensasi Portugal itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemampuan fizikal Ronaldo sama dengan pemain bola sepak 20 tahun

Gambar fail Cristiano Ronaldo. (Gambar: Marco Bertorello/ AFP)

Diterbitkan : 25 Jul 2018 07:56AM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 08:00AM

MADRID: Ramai yang ingin menjadi hebat seperti Cristiano Ronaldo tetapi tidak ramai yang sanggup bekerja keras untuk mengikut jejak penyerang sensasi Portugal itu.

Pada usia 33 tahun Ronaldo masih jadi buruan kelab bola sepak terkemuka dunia. Buktinya bekas ‘ayam tambatan’ Real Madrid itu kini sah bergelar penyerang Juventus dengan nilai £105 juta (S$190 juta), lapor The Sun.

Apa yang menjadi perbualan dalam kalangan peminat sukan adalah hasil ujian kecergasan yang dilakukan terhadap Ronaldo. Menurut The Sun, kemampuan fizikalnya menyamai pemain bola sepak yang berusia 20 tahun.

Dengan kata lain, kekuatan Ronaldo setanding pemain yang 13 tahun lebih muda daripadanya.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan statistik ujian kandungan lemak badan, berat otot dan kepantasan larian.

Menurut The Sun lagi, Ronaldo hanya ada tujuh peratus kandungan lemak badan, tiga peratus kurang daripada jumlah purata pemain bola sepak profesional.

Berat ototnya pula 50 peratus atau empat peratus lebih rendah sementara larian terpantasnya ketika Piala Dunia 2018 yang lalu adalah 33.98 kilometer sejam, paling pantas berbanding pemain lain dalam temasya berkenaan.

Kesimpulannya jika anda mahu menjadi seperti Ronaldo, tidak cukup hanya ada gaya potongan rambut sepertinya, contohi juga acara Ronaldo menjaga kecergasan dan kesihatan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan