Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kemajuan Man Utd tidak sepantas diharapkan, luah Solskjaer

Kemajuan Manchester United tidak sepantas seperti yang diharapkan oleh pengurus Ole Gunnar Solskjaer sedang pasukan itu memasuki babak separuh kedua musim Liga Perdana England, namun warga Norway itu berkata anak didiknya akan menjadi lebih konsisten dengan pengalaman yang ditimba.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemajuan Man Utd tidak sepantas diharapkan, luah Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Dec 2019 01:18PM Dikemas Kini : 25 Dec 2019 01:21PM

REUTERS: Kemajuan Manchester United tidak sepantas seperti yang diharapkan oleh pengurus Ole Gunnar Solskjaer sedang pasukan itu memasuki babak separuh kedua musim Liga Perdana England, namun warga Norway itu berkata anak didiknya akan menjadi lebih konsisten dengan pengalaman yang ditimba.

Solskjaer, yang mengambil alih teraju United pada Disember tahun lalu, membimbing pasukan itu untuk menduduki tangga ke-8 selepas 18 perlawanan sejauh ini. 25 mata yang diperolehi setakat ini masih empat mata lebih rendah berbanding apa yang dikumpulkan pada tempoh yang sama musim lalu.

Kekalahan memalukan 2-0 di tangan Watford, antara kumpulan paling lemah EPL, pada Ahad adalah kelima buat United musim ini, iaitu pasukan paling corot dalam liga gagal mendapatkan tiga mata penuh selepas menewaskan Tottenham Hotspur dan juara bertahan Manchester City pada awal bulan ini.

"Buat masa ini kami agak ketinggalan sedikit berbanding apa yang saya harapkan," kata Solskjaer kepada media Britain. "Kami tahu musim ini akan ada pasang surutnya."

United gagal memenangi lebih daripada dua perlawanan liga berturut-turut musim ini, namun Solskjaer bertegas bahawa pasukannya memerlukan masa untuk mencapai tahap prestasi yang cemerlang.

"Musim ini akan dimanfaatkan untuk membentuk pasukan bagi musim seterusnya, namun kami berharap ia dapat dipercepatkan bagi proses untuk meraih lebih banyak keputusan (baik)," tambah jurulatih berusia 46 tahun itu.

"Kami mahu menjadi sebuah pasukan yang dapat menguasai permainan dan mengalahkan pasukan-pasukan lawan. Liverpool mengambil masa selama beberapa tahun untuk mencapai tahap itu dan kami akan belajar daripada kelemahan dan kesilapan lalu untuk memenuhi matlamat kami.

"Saya berharap kita akan menjadi lebih konsisten, tentunya lebih berpengalaman dan belajar daripada kelemahan ini."

Pada Khamis, United bakal berentap dengan Newcastle United yang buat masa ini menduduki tangga ke-9 liga, sebelum berkunjung ke Burnley pada Sabtu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan