Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Keluarga juruterbang pesawat yang bawa Sala rayu operasi mencari diteruskan

Keluarga juruterbang yang hilang, David Ibbotson, merayu supaya beliau "tidak dibiarkan bersendirian" sedang lebih £140,000 (S$245,000) dikumpulkan untuk memulakan semula operasi mencarinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga juruterbang pesawat yang bawa Sala rayu operasi mencari diteruskan

Mayat Sala ditemui di Weymouth. (Gambar: Glyn Kirk/AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2019 10:58AM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 11:02AM

LONDON: Keluarga juruterbang yang hilang, David Ibbotson, merayu supaya beliau "tidak dibiarkan bersendirian" sedang lebih £140,000 (S$245,000) dikumpulkan untuk memulakan semula operasi mencarinya.

Encik Ibbotson ialah juruterbang pesawat kecil yang membawa pemain bolak sepak warga Argentina, Emiliano Sala yang terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara di utara Guernsey, pada 21 Jan.

Mayat Sala ditemui minggu lalu dari bangkai pesawat di dasar laut.

Isteri Encik Ibbotson, Nora, memberitahu ITV: "Kami masih mempunyai sedikit harapan. Kami tahu beliau sudah tiada tetapi kami mahunya kembali.

"Hubungan keluarga kami sangat erat. Beliau tunggak utama dalam keluarga.

"Kami tidak boleh membiarkannya sendiri di sana sehingga segala ikhtiar sudah diusahakan. Kerana itu kami mengadakan pungutan dana."

Satu laman GoFundMe dibuka bagi mengumpul dana untuk mencari Encik Ibbotson yang berusia 59 tahun. Lebih separuh daripada sasaran yang ditetapkan sudah berjaya dikumpulkan. Laman tersebut dibuka di bawah nama Gary Lineker dan pemain bola sepak warga Perancis Kylian Mbappe, lapor Independent.ie.

Dalam satu program siaran ITV, anak Encik Ibbotson kelihatan berlinangan air mata ketika menceritakan tentang percubaan menelefon bapanya selepas dimaklumkan pihak polis bahawa pesawat itu hilang.

"Beliau seorang yang sangat baik. Saya bertuah dapat ayah sepertinya," kata beliau.

"Saya tahu ia akan mengambil masa yang lama tetapi saya tidak mahu ia berakhir begitu saja."

Ditanya tentang catatan Facebook Encik Ibbotson yang mengatakan beliau berasa "kemahirannya sedikit tumpul" sebelum penerbangan, isterinya berkata beliau memang berperwatakan begitu.

Beliau berharap sebuah pasukan penyelamat "akan mencari dengan teliti buat kali terakhir" supaya mereka tahu beliau berada di sana.

Isteri Encik Ibbotson juga memberitahu agensi berita Independent.ie bahawa keluarganya belum menghubungi keluarga Sala kerana kedua-duanya masih berduka. Namun, beliau mengutuskan "ucapan takziah sedalam-dalamnya" kepada mereka. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan