Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kelompok pertama COVID-19 dikesan dalam kalangan peserta Olimpik Tokyo

 Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo pada Rabu (4 Ogos) mengesahkan kelompok pertama COVID-19 dikesan dalam kalangan peserta sejak kejohanan bermula pada 23 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelompok pertama COVID-19 dikesan dalam kalangan peserta Olimpik Tokyo

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 04 Aug 2021 11:25PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 11:27PM

ANKARA: Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo pada Rabu (4 Ogos) mengesahkan kelompok pertama COVID-19 dikesan dalam kalangan peserta sejak kejohanan bermula pada 23 Julai.

"Saya terpaksa katakan ini adalah kelompok jangkitan," kata jurucakap jawatankuasa penganjur Masanori Takaya.

Sekurang-kurangnya 29 kes baru direkodkan termasuk tiga atlit renang berirama dari Greece, lapor agensi berita Anadolu yang memetik Kyodo News.

Jawatankuasa Sukan Olimpik Greece menyatakan pasukan renangnya menarik diri daripada pertandingan itu akibat dijangkiti COVID-19.

Menurut pihak penganjur, sebanyak 322 kes dilaporkan setakat ini. 

Sementara itu, tuan rumah Tokyo mencatatkan 4,166 kes baru COVID-19 pada Rabu.

Setakat Selasa (3 Ogos), Jepun merekodkan 956,407 kes jangkitan dan 15,219 kematian.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik Singapura, Mediacorp membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.  

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan