Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kelantan bakal bina pusat akuatik patuh syariah jelang Sukan M'sia 2026

Kelantan akan membina sebuah pusat akuatik patuh syariah dalam masa terdekat sebagai persediaan menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 2026.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelantan bakal bina pusat akuatik patuh syariah jelang Sukan M'sia 2026

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM20 juta (S$6.5 juta) untuk pembinaan pusat itu. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 09:03AM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 09:08AM

KOTA BHARU: Kelantan akan membina sebuah pusat akuatik patuh syariah dalam masa terdekat sebagai persediaan menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM20 juta (S$6.5 juta) untuk pembinaan pusat itu yang terletak di Islamic City Centre, Tiong.

“Pembinaan kompleks renang itu akan mengikut spesifikasi untuk acara renang yang melibatkan pelbagai kategori. Ia akan digunakan untuk lelaki dan wanita mengikut jadual dengan mematuhi syariah,” kata beliau.

Wan Roslan turut menambah Kelantan menyasarkan pingat emas bagi acara renang di temasya sukan itu dengan mempertaruhkan 20 atlit muda (10 lelaki dan 10 wanita) dari Akademi As-Sibahah.

"Kita memilih atlit-atlit renang yang berusia 13 tahun dari akademi ini kerana kita mempunyai masa enam tahun untuk melatih mereka mencapai sasaran emas bagi acara renang," kata beliau.

Menurutnya lagi kesemua atlit itu merupakan kohort pertama yang diselia Akademi As- Sibahah Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS) tahun lalu, terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelantan.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan