Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kelab ragbi 'Crusaders' pertimbang tukar nama ekoran tembakan di Christchurch

Kelab ragbi The Crusaders di Christchurch, akan mempertimbangkan untuk menukar nama pasukan itu ekoran kejadian serangan pengganas di dua masjid di bandar itu pada Jumaat lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab ragbi 'Crusaders' pertimbang tukar nama ekoran tembakan di Christchurch

Kumpulan The Crusaders sering memaparkan pertunjukan satria menunggang kuda sebelum perlawanan ragbi bermula. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 12:09PM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 12:17PM

CHRISTCHURCH: Kelab ragbi The Crusaders di Christchurch, akan mempertimbangkan untuk menukar nama pasukan itu ekoran kejadian serangan pengganas di dua masjid di bandar itu pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Daily Mail, pasukan tersebut mula menggunakan nama The Crusaders 23 tahun lalu, namun sejak serangan Jumaat lalu, terdapat pihak yang mengaitkan nama itu dengan perang salib antara penganut Kristian dan Muslim.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, juara sembilan kali perlawanan Super Rugby New Zealand itu mempertahankan nama pasukan, namun menyatakan 'perbualan akan diadakan'.

"Seperti semua warga New Zealand, para pemain dan pasukan the Crusaders sangat terkejut dengan tragedi yang menimpa dan kami turut bersimpati terhadap para mangsa dan ahli keluarga mereka," menurut kenyataan pasukan itu seperti ditukil Daily Mail.

"Berhubung nama Crusaders, kami faham tentang keprihatinan yang diutarakan. Bagi kami, Crusaders melambangkan semangat perjuangan masyarakat ini.

"Kepercayaan kami berbeza dari kejadian di Christchurch pada Jumaat; perjuangan (crusade) kami adalah menuju keamanan, perpaduan, rasa inklusif dan semangat kemasyarakatan.

Tambah pasukan itu, mereka sedang menilai segala maklum balas yang diterima dan akan mengadakan perbincangan, namun "kini bukan masa yang sesuai".

"Apabila tiba masa yang sesuai, kami akan mempertimbang semua isu secara menyeluruh serta respons kami terhadapnya. Ini termasuk perbualan dengan semua pihak, termasuk masyarakat Islam."

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan