Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kelab Eropah tolak pelan anjur Piala Dunia dua tahun sekali

Liga Bola Sepak Eropah, badan yang mewakili pertandingan-pertandingan kelab profesional di benua tersebut, sebulat suara menolak usulan untuk menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab Eropah tolak pelan anjur Piala Dunia dua tahun sekali

Perlawanan akhir Piala Dunia 2018 antara Perancis dengan Croatia. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 09 Sep 2021 08:58PM Dikemas Kini : 09 Sep 2021 09:03PM

REUTERS: Liga Bola Sepak Eropah, badan yang mewakili pertandingan-pertandingan kelab profesional di benua tersebut, sebulat suara menolak usulan untuk menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun.

Liga Eropah adalah yang terkini dalam kalangan pihak berkepentingan sukan itu yang menyuarakan keprihatinan terhadap pelan FIFA untuk menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun.

"Kami akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk mencegah badan-badan pentadbir yang lain daripada mengambil keputusan sepihak yang akan menjejas bola sepak tempatan yang menjadi asas industri kami," menurut persatuan itu dalam satu kenyataan media pada Khamis.

FIFA, yang bertindak atas saranan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi awal tahun ini, sedang menjalankan kajian kemungkinan untuk menimbangkan idea bagi menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun.

"Pertandingan baru, pertandingan yang dirombak atau pertandingan yang diperluaskan bagi kelab-kelab dan pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan di peringkat benua dan/atau di peringkat global bukan huraian kepada masalah yang dihadapi oleh sukan ini yang jadual pertandingannya sudahpun padat," menurut kenyataan itu lagi.

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan