Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kelab EPL tolak teruskan guna 5 pemain gantian

Kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) pada Khamis (6 Ogos) menolak menerusi undian, untuk meneruskan peraturan penggunaan lima pemain gantian pada saingan musim 2020/21.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab EPL tolak teruskan guna 5 pemain gantian
Diterbitkan : 07 Aug 2020 12:50PM Dikemas Kini : 07 Aug 2020 12:54PM

LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) pada Khamis (6 Ogos) menolak menerusi undian, untuk meneruskan peraturan penggunaan lima pemain gantian pada saingan musim 2020/21.

Selepas saingan disambung semula bagi musim 2019/20 menyusuli penggantungan akibat COVID-19, kelab-kelab dibenarkan menyenaraikan sembilan pemain gantian dan melakukan lima pertukaran ketika perlawanan sebagai usaha menyokong kebajikan pemain.

Beberapa kelab sebelum ini mahu peraturan baru itu diteruskan, namun EPL mengesahkan kebanyakan kelab memilih untuk menolaknya ketika mesyuarat agung tahunan secara maya diadakan pada Khamis.

Selain itu, semua 20 ahli turut menyokong cadangan untuk mengubah peraturan video bantuan pengadil (VAR) kerana sistem itu perlu diselaraskan dengan protokol Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

"Di mesyuarat agung tahunan Liga Perdana hari ini, pemegang taruh bersetuju dengan peraturan berkaitan dengan VAR dan pertukaran pemain gantian bagi musim 2020/2021," menurut kenyataan EPL.

"Pemegang taruh bersetuju sebulat suara pelaksanaan VAR dilakukan selari dengan protokol lengkap VAR FIFA.

"Kelab-kelab juga bersetuju untuk kembali menggunakan tiga pemain gantian bagi satu-satu perlawanan dengan maksimum tujuh pemain di bangku simpanan,".

Perubahan penggunaan VAR dibuat sedang FIFA merancang untuk mengambil pendekatan bersepadu dalam pelaksanaannya.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan