Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kelab bola sepak England bertekad kurangkan kesan terhadap iklim

Sekitar setengah juta penonton menyaksikan perlawanan bola sepak profesional di England setiap minggu. Ini mendatangkan pencemaran akibat lalu lintas dan penggunaan plastik pakai buang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab bola sepak England bertekad kurangkan kesan terhadap iklim

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2021 06:14PM Dikemas Kini : 30 Oct 2021 06:50PM

ENGLAND: Sekitar setengah juta penonton menyaksikan perlawanan bola sepak profesional di England setiap minggu. Ini mendatangkan pencemaran akibat lalu lintas dan penggunaan plastik pakai buang.

Lantaran itu, sebilangan pemain industri kini bertekad untuk mengurangkan kesan terhadap perubahan iklim sejagat.

Industri bola sepak sedunia menyumbang kepada pelepasan 30 juta tan karbon dioksida ke udara setiap tahun.

Sebahagian besarnya disebabkan perjalanan para peminat bola yang menaiki kereta, bas dan kereta api untuk ke stadium.

Namun perubahan sedang diusahakan, diterajui Forest Green Rovers. Ia menduduki liga keempat dalam Bola Sepak Profesional England tetapi adalah kelab sifar pelepasan karbon yang pertama di dunia.

"Kami mempunyai padang bola sepak organik, kami mengitar semula air hujan, kami berhenti menggunakan plastik pakai buang, kami tidak membuang sampah di kawasan pelupusan, kami membuat kompos dari sisa makanan, kami peruntukkan hutan simpanan di sekitar kelab kami," kata Dale Vince, pemilik Forest Green Rovers.

Stadium ini menggunakan bekalan elektrik dari sumber tenaga suria sepenuhnya dan hanya makanan berdasarkan sayuran disajikan.

Forest Green juga merancang untuk membina stadium diperbuat sepenuhnya daripada kayu iaitu bahan semula jadi dan rendah kandungan karbon.

Dianggarkan suku daripada kesemua stadium liga England akan berdepan dengan banjir setiap tahun akibat perubahan iklim. Ini menjejas hasil pendapatan kerana kurang penonton.

Badan amal Football For Future bekerjasama dengan kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) seperti Tottenham Hotspur untuk menggalakkan permainan mesra alam.

Perlawanan Liga Perdana bebas karbon yang pertama dimainkan di stadium Spurs pada bulan lalu.

Hanya makanan berasaskan sayuran ditawarkan dan para peminat diminta berjalan kaki atau berbasikal.

Ini adalah langkah permulaan untuk memastikan generasi seterusnya dapat menikmati saat-saat seperti itu buat bertahun-tahun mendatang. 

Sumber : Agensi berita/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan