Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kekalahan Barca, Real buka peluang rebut mahkota La Liga

Real Madrid dan Barcelona sudah sekian lama mendominasi La Liga, dengan 15 daripada 17 kejuaraan dimenangi kedua-dua kelab.

Anggaran Waktu Membaca:
Kekalahan Barca, Real buka peluang rebut mahkota La Liga

Real Sociedad kini mendahului La Liga. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Oct 2021 09:12AM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 10:59AM

MADRID: Real Madrid dan Barcelona sudah sekian lama mendominasi La Liga, dengan 15 daripada 17 kejuaraan dimenangi kedua-dua kelab.

Namun masa sudah berubah, lapor Reuters.

Selepas kejayaan yang dikecapi oleh gergasi-gergasi Sepanyol itu, diterajui pula oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, kegemilangan kedua-dua kelab dipintas oleh Atletico Madrid untuk kali kedua dalam lapan tahun musim lalu dan ia mungkin menandakan era baru.

Reuters melaporkan, sekarang ini, Real Sociedad adalah pasukan mengejutkan yang mendahului liga tersebut, tiga mata di depan Real Madrid, Sevilla dan Betis.

Dengan hanya lima mata membezakan Sociedad daripada Osasuna yang menduduki tempat ketujuh, perlawanan untuk merebut kejuaraan liga kelihatan sengit.

Malah, Barcelona yang bukan dalam perlawanan itu menduduki tempat kesembilan, di belakang pasukan-pasukan teratas sebanyak sembilan mata.

Dalam pada itu, Rayo Vallecano dan Osasuna, kedua-duanya seri dengan Atletico, iaitu 19 mata, juga mencatat prestasi tidak dijangkakan apabila masing-masing mengalahkan Barcelona dan Real Madrid minggu ini, lapor Reuters.

Selepas diturunkan ke divisyen lebih rendah pada 2019, Rayo kembali ke La Liga musim lalu dan tanpa disangka, kini berdiri dalam kalangan pasukan-pasukan teratas selepas menjadi satu-satunya kelab untuk memenangi semua perlawanan di padang sendiri musim ini.

Osasuna juga menunjukkan kehebatan seperti Rayo tetapi kejayaan terbesarnya diraih di luar padang sendiri. Kelab itu memiliki rekod terbaik La Liga musim ini setelah memenangi semua perlawanan di luar padang sendiri hinggalah seri dengan Real Madrid 0-0 Rabu lalu.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan