Images
  • car (2)
    (Gambar: REUTERS/Rodrigo Garrido)

Kejuaraan Formula E: Pasukan Mercedes muncul juara dalam perlumbaan terakhir

BERLIN: Pasukan Mercedes meraih kemenangan pertama selepas pelumbanya, Stoffel Vandoorne, menjuarai perlumbaan terakhir musim ini.

Bekas pelumba Formula One itu memulakan perlumbaan dari petak pertama
dan mendapat persaingan sengit dari pelumba Nissan, Sebastien Buemi.

Namun Buemi gagal memintas Vandoorne dan ketinggalan di belakang Nyck De Vries, juga dari Mercedes.

Vandoorne menamatkan perlumbaan di tempat pertama, diikuti rakan sepasukan dan kemudian Buemi.

Dengan kemenangan itu, Vandoorne menjadi naib juara keseluruhan Formula E.

Juara musim ini pula adalah Antonio Felix Da Costa dari DS Techeetah. 

- Agensi berita/AQ/na

Top