Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kejohanan Wimbledon dibatalkan buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua kerana COVID-19

Kejohanan tenis Wimbledon 2020 dibatalkan kerana pandemik COVID-19, demikian diumumkan oleh All England Club pada Rabu (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kejohanan Wimbledon dibatalkan buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua kerana COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Apr 2020 07:59AM Dikemas Kini : 03 Apr 2020 08:01AM

LONDON: Kejohanan tenis Wimbledon 2020 dibatalkan kerana pandemik COVID-19, demikian diumumkan oleh All England Club pada Rabu (2 Apr).

Ia merupakan kali pertama kejohanan sukan tenis itu yang dijadualkan berlangsung antara 29 Jun dengan 12 Julai dibatalkan sejak Perang Dunia Kedua.

"Ia satu keputusan yang kami tidak ambil ringan, dan kami melakukannya dengan memberikan pertimbangan paling tinggi untuk kesihatan awam dan kebajikan mereka yang telah bersama-sama menjadikan Wimbledon satu kenyataan," kata pengerusi All England Club (AELTC) Ian Hewitt.

"Menyusuli pertimbangan teliti dan menyeluruh terhadap semua senario, kami percaya di tengah-tengah krisis global ini keputusan terbaik adalah untuk membatalkan kejohanan tahun ini, dan sebaliknya menumpukan terhadap bagaimana kami dapat menggunakan banyak sumber yang ada pada Wimbledon untuk membantu masyarakat setempat dan lebih dari itu."

Dalam kenyataannya, All England Club mendedahkan ia telah mendermakan peralatan perubatan dan menawarkan kemudahannya kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) untuk membantu mengurangkan beban tenaga kerja mereka.

Pembatalan kejohanan Wimbledon bermakna seluruh musim kejohanan sukan tenis di gelanggang rumput dibatalkan hingga sekurang-kurangnya 13 Julai.

Kejohanan Wimbledon di gelanggang rumput merupakan acara sukan utama terbaru yang dibatalkan selain Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Euro 2020 yang kesemuanya ditangguhkan ke 2021.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan