Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kejohanan Undangan ONE Esports World Pro berlangsung di S'pura bermula hari ini

 Selain menekan butang tetikus dan papan kekunci dengan pantas, e-sukan sudah membantu beberapa individu meraih pendapatan dan pekembangan peribadi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kejohanan Undangan ONE Esports World Pro berlangsung di S'pura bermula hari ini
Diterbitkan : 17 Dec 2019 10:35PM Dikemas Kini : 17 Dec 2019 10:41PM

SINGAPURA: Selain menekan butang tetikus dan papan kekunci dengan pantas, e-sukan sudah membantu beberapa individu meraih pendapatan dan pekembangan peribadi.

E-sukan sudah mengubah kehidupan Kim Villafuerta atau lebih dikenali sebagai 'Gabbi' dalam kalangan pemain dan peminat e-sukan.

Beliau sudah menceburi permainan Dota 2 secara profesional selama hampir empat tahun.

Gabbi kini sering memainkan peranan 'carry' di mana ahli kumpulannya akan melabur sumber-sumber kepadanya dengan harapan beliau akan membawa kemenangan bagi kumpulannya.

Beliau merupakan ahli sebuah kumpulan Filipina, TNC Predator yang merupakan satu-satunya kumpulan Asia Tenggara yang dijemput ke kejohanan Undangan ONE Esports World Pro.

Cik Moon Lim pula mengurus pasukan profesional Dota 2 pada sebelah malam di sebalik bertugas sebagai jururawat pada sebelah pagi.

Walaupun beliau menganggap mengurus pasukan Dota 2 hanya sebagai hobi, ia masih memainkan peranan penting dalam kehidupannya.

Kejohanan Undangan ONE Esports World Pro berlangsung di Singapura bermula hari ini (17 Dis). 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan