Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kejohanan Terbuka Tenis S'pura tidak dibuka kepada penonton

Tiada penonton akan dibenarkan di kejohanan Terbuka Tenis Singapura yang akan datang, kata pihak penganjur dalam kenyataan media pada Jumaat (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Feb 2021 07:23PM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 11:41PM

SINGAPURA: Tiada penonton akan dibenarkan di kejohanan Terbuka Tenis Singapura yang akan datang, kata pihak penganjur dalam kenyataan media pada Jumaat (19 Feb).

Acara yang akan diadakan di OCBC Arena Hab Sukan Singapura, akan berlangsung dari 22 hingga 28 Februari dengan peringkat kelayakan diadakan pada 20 dan 21 Februari.

Keputusan untuk tidak membenarkan para penonton di OCBC Arena adalah "atas sebab keselamatan", kata pihak penganjur pada Jumaat.

Semua pemain yang tiba dari acara Terbuka Australia untuk mengambil bahagian dalam Terbuka Tenis Singapura akan menjalani ujian COVID-19 sebaik mereka tiba di Singapura. Para pemain akan diasingkan sehingga mereka menerima keputusan ujian negatif, dan juga perlu memuat turun aplikasi TraceTogether semasa mereka di Singapura.

Selepas ketibaan mereka, para pemain akan terus diasingkan dan pergerakan mereka diurus ketat antara hotel rasmi mereka dengan OCBC Arena.

Para pemain juga akan diasingkan lanjut dalam kumpulan-kumpulan dan tidak akan berinteraksi secara rapat dan berpanjangan dengan pemain lain.

Para pegawai luar negara dan kakitangan pertandingan juga diminta untuk mematuhi protokol serupa dan tidak akan mempunyai kontak secara langsung dengan pemain.

"Rancangan pengekangan juga telah disiapkan sekiranya kes COVID-19 dikesan," tambah pihak penganjur.

UJIAN HARIAN

Semua pemain akan menjalani ujian reaksi rantai polimerase COVID-19 secara harian sepanjang tempoh mereka berada di Singapura.

Kakitangan, pegawai, dan sukarelawan tempatan dikehendaki menjalani ujian pantas antigen harian dan hanya akan dibenarkan di tempat pertandingan setelah mendapat keputusan ujian negatif.

Mereka perlu mematuhi jarak selamat dan tidak akan mempunyai kontak fizikal dengan para pemain. Langkah-langkah seperti sidang media maya, sistem pengesan lintasan garisan elektronik garisan dan zon jarak sosial khas akan mengasingkan lagi kumpulan-kumpulan kerja.

Dalam taklimat maya kepada wakil media pada Jumaat petang, CEO Sport Singapore Lim Teck Yin berkata pihak penganjur mungkin akan mengkaji semula peraturan sama ada para peminat akan dibenarkan masuk.

"Kami ingin membuka peluang untuk penelitian semula di pertengahan kejohanan, untuk menilai sama ada keadaan membolehkan kami membenarkan penonton datang dan menghadiri acara pada hujung minggu terakhirnya," katanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan