Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kejohanan Renang Dunia FINA: Schooling duduki tempat ke-4 acara rampai individu 200m

Joseph Schooling menamatkan acara rampai individu 200 meter di tempat keempat dalam Kejohanan Renang Dunia FINA pada Jumaat (16 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Kejohanan Renang Dunia FINA: Schooling duduki tempat ke-4 acara rampai individu 200m

Satu-satunya juara Olimpik Singapura, Joseph Schooling. (Gambar: AFP/CHRISTOPHE SIMON)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 09:26PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 09:30PM

SINGAPURA: Joseph Schooling menamatkan acara rampai individu 200 meter di tempat keempat dalam Kejohanan Renang Dunia FINA pada Jumaat (16 Ogos).

Schooling mencatatkan masa 2:00.23 berbanding rekod 1:59.99 yang dicapainya semasa Kejohanan Dunia FINA ke-15 pada 2013.

Acara itu dimenangi oleh perenang Australia Mitchell Larkin yang menamatkan acara dalam masa 1:57.43. Perenang Lithuania, Danas Rapsys, menduduki tempat kedua sementara Thomas Fraser-Holmes, juga asal Australia, menghabiskan acara di tangga ketiga.

Rampai individu 200 meter adalah satu-satunya acara renang yang disertai Schooling - juara gaya kupu-kupu 100 meter Olimpik - bagi Kejohanan itu yang bakal melabuhkan tirainya pada Sabtu (17 Ogos).

Bulan lalu, Schooling tersingkir di peringkat saringan bagi gaya kupu-kupu 100 meter di Kejohanan Renang Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan.

Beliau juga gagal melayakkan diri ke separuh akhir acara gaya kupu-kupu 50 meter. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan