Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kejohanan Copa America: Colombia tewaskan Argentina 2-0

Colombia meraih kemenangan pertama ke atas Argentina sejak 2007 dalam sukan Kejohanan Copa America.

Anggaran Waktu Membaca:
Kejohanan Copa America: Colombia tewaskan Argentina 2-0

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jun 2019 10:42PM Dikemas Kini : 16 Jun 2019 10:53PM

SAO PAULO: Colombia meraih kemenangan pertama ke atas Argentina sejak 2007 dalam sukan Kejohanan Copa America.

Juara 1993, Argentina, mengasak benteng pertahanan Colombia sejak dari awal lagi.

Tetapi semua percubaan itu gagal membuahkan hasil.

Sebaliknya Colombia yang memecahkan kebuntuan pada minit ke- 71, hasil jaringan pemain gantian Roger Martinez.

15 minit kemudian, Colombia meluaskan jurang gol kepada 2-0, sumbangan seorang lagi pemain gantian, Duvan Zapata.

Kemenangan itu meletakkan Colombia di tangga teratas kumpulan B, manakala Argentina tercorot di kedudukan paling bawah.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan