Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kecederaan Firmino bayangi pesta gol Liverpool

Jurgen Klopp mendedahkan Liverpool menerima khabar buruk selepas kemenangan besar 5-0 ke atas Huddersfield pada Jumaat (26 Apr) meletakkan pasukan itu ke tangga teratas Liga Perdana England (EPL).

Anggaran Waktu Membaca:
Kecederaan Firmino bayangi pesta gol Liverpool

(Gambar: LiverpoolFC.com)

Diterbitkan : 27 Apr 2019 09:42PM Dikemas Kini : 27 Apr 2019 09:46PM

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mendedahkan Liverpool menerima khabar buruk selepas kemenangan besar 5-0 ke atas Huddersfield pada Jumaat (26 Apr) meletakkan pasukan itu ke tangga teratas Liga Perdana England (EPL).

Roberto Firmino disahkan mengalami kecederaan koyak otot semasa latihan minggu ini.

"Dia berlatih seperti biasa semalam tetapi selepas latihan dia mula kesakitan dan disahkan ada koyakan kecil pada ototnya," kata Klopp.

Klopp bagaimanapun yakin penyerang Liverpool asal Brazil itu akan sempat sembuh sebelum perlawanan Rabu menentang Manchester City untuk perebutan kejuaraan EPL musim ini selain aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona.

Berita kecederaan Firmino itu merencatkan kegembiraan Liverpool ketika skuad itu meraih kemenangan bergaya 5-0 ke atas Hoddersfied dengan Naby Keita menjaringkan gol pertama seawal 15 saat permainan bermula, menjadikannya gol terpantas kelab itu dalam Liga Perdana.

Dengan Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing menjaringkan dua gol, Jumaat malam sangat selesa untuk Liverpool yang kini mendahului dengan 91 mata, dua mata di depan City,

Namun anak buah Pep Guardiola mampu kembali merampas kedudukan teratas Liga jika menewaskan Burnley, esok. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan