Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Keane pertahan Solskjaer meski Man Utd catat rekod permulaan buruk

Ole Gunnar Solskjaer perlu diberikan lebih masa untuk memperbetulkan keadaan di Manchester United, kata legenda kelab itu, Roy Keane.

Anggaran Waktu Membaca:
Keane pertahan Solskjaer meski Man Utd catat rekod permulaan buruk

(Gambar: AFP/Paul Ellis)

Diterbitkan : 01 Oct 2019 11:45AM Dikemas Kini : 01 Oct 2019 11:47AM

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer perlu diberikan lebih masa untuk memperbetulkan keadaan di Manchester United, kata legenda kelab itu, Roy Keane.

United terikat 1-1 dengan Arsenal di padang sendiri awal pagi tadi, yang menyaksikan gergasi bola sepak England itu berdepan rekod permulaan terburuk sepanjang era Liga Perdana England (EPL).

Dengan hanya mengumpul sembilan mata daripada tujuh perlawanan, United kini berada di tangga ke-10 dan hanya perbezaan jaringan memisahkan pasukan tersebut dengan kelompok separuh terbawah liga.

Pasukan itu hanya meraih 49 mata daripada 28 perlawanan liga di bawah kendalian Solskjaer -- kurang dua mata berbanding 28 perlawanan terakhir di bawah kelolaan bekas pengurus, Jose Mourinho.

Keane berpendapat tiada keraguan mengenai pemilihan Solskjaer untuk mengubati situasi di Old Trafford ketika ini.

"Saya fikir dia amat bijak, seorang yang jujur dan baik," katanya kepada Sky Sports.

"Ia tugas yang sukar buat masa ini, namun terdapat enam atau tujuh pemain muda yang sedang belajar.

"Kita semua tidak sabar, kita mahukan kejayaan semalam, namun anda perlu memberikannya masa. Dia sedang kecewa, tertekan, namun sedang menanganinya.

"Dia seorang yang ada kelas tetapi tidak syak lagi, dia pasti kecewa kerana tidak memenangi banyak perlawanan.

"Mereka memberikannya tugas itu, menyokongnya dalam jendela perpindahan.

"Adakah hari-hari akan datang akan lebih mencabar? Anda mempertaruhkan hidup anda, namun anda perlu kekal yakin dengannya.

"Kedua-dua pasukan tidak beraksi dengan baik malam ini. Mereka kekurangan gol, kekurangan peluang yang dicipta. Beri pemain-pemain ini masa," katanya.

Arsenal kembali ke tangga keempat EPL tetapi Keane tidak yakin pasukan itu akan kembali ke dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Ditanya pasukan mana yang lebih berpeluang untuk kembali ke pertandingan elit Eropah itu, Keane menjawab: "Berdasarkan persembahan malam ini, tiada antara mereka yang akan menamatkan musim dalam kelompok empat teratas."

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan