Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kean 'curi rahsia' Ronaldo, jaringkan gol pertama bagi Itali

Bintang bola sepak remaja Moise Kean mengakui, beliau "mencuri rahsia" rakan sepasukannya dari Juventus, Cristiano Ronaldo, selepas menjaringkan gol pertama bagi Itali, dengan harapan ia membuka pintu untuk beliau mencipta lebih banyak rekod.

Anggaran Waktu Membaca:
Kean 'curi rahsia' Ronaldo, jaringkan gol pertama bagi Itali

Bintang bola sepak remaja, Moise Kean, ingin mencipta lebih banyak rekod selepas menjaringkan gol pertamanya untuk Itali. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Mar 2019 11:18AM Dikemas Kini : 25 Mar 2019 11:22AM

UDINE: Bintang bola sepak remaja Moise Kean mengakui, beliau "mencuri rahsia" rakan sepasukannya dari Juventus, Cristiano Ronaldo, selepas menjaringkan gol pertama bagi Itali, dengan harapan ia membuka pintu untuk beliau mencipta lebih banyak rekod.

Pemain penyerang berusia 19 tahun itu ialah pemain pertama yang dilahirkan pada abad ke-21 untuk menjaringkan gol bagi pasukan kebangsaan dengan meledakkan gol kedua pada minit ke-74, sekaligus membantu menumpaskan Finland 2-0 dalam Kejohanan Euro 2020 di Udine.

Jurulatih pasukan Itali Roberto Mancini memilih Kean untuk menggantikan Federico Chiesa yang mengalami kecederaan.

"Saya belajar daripada Cristiano Ronaldo semasa latihan dan mencuri rahsia-rahsianya," kata Kean, yang dilahirkan di Vercelli, Itali.

"Saya selalu cuba mempersiapkan diri dan berlatih secara tetap supaya bersedia apabila tiba masanya. Ini malam yang indah tetapi saya tahu, masih ada banyak rekod untuk diatasi dan saya ingin memecahkannya.

"Selepas menerima panggilan, saya berasa sangat bersemangat dan ghairah untuk menunjukkan apa yang mampu lakukan."

Kean, yang dilahirkan pada tahun 2000, turut dipilih oleh Mancini bagi perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat pada November lalu, tetapi hanya sebagai pemain gantian pada babak kedua.

Jaringannya menentang Finland menjadikan beliau menjadi pemain kedua termuda Itali untuk menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan selepas bekas pemain Juventus, Bruno Nicole, melakukannya dalam perlawanan menentang Perancis pada 1958, ketika berusia 18 tahun dan 258 hari.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan