Images
  • tokyo governor
    (Gambar: Reuters)

Keadaan COVID-19 bertambah baik; Sukan Olimpik 2021 tepati sasaran, kata Gabenor Tokyo

TOKYO: Gabenor Tokyo Yuriko Koike berkata pada Selasa (25 Ogos) bahawa keadaan COVID-19 di ibu kota Jepun semakin bertambah baik dan beliau berharap Tokyo akan dapat menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2021 pada tahun depan.

"Saya rasa situasi kini lebih baik berbanding sebelumnya," kata Cik Koike dalam satu wawancara bersama Reuters Television. "Kami akan melakukan yang terbaik untuk mencegah berlaku penularan virus korona di Jepun dan kami juga mengalu-alukan ketibaan para atlit dari seluruh dunia."

Cik Koike memaklumkan pada bulan lalu bahawa Tokyo mungkin mengisytiharkan keadaan darurat jika situasi virus korona semakin bertambah buruk.

Kes jangkitan harian melonjak melebihi 400 dalam sehari di tengah-tengah ujian yang dipertingkatkan. Kes-kes baru mencatat paras yang lebih rendah pada minggu lalu, dan ia adalah sebanyak 187 di Tokyo hari ini.

Menurut Cik Koike, Tokyo sudah melaksanakan banyak langkah khas bagi menangani penularan, namun penghasilan dan pengagihan vaksin yang berkesan adalah "faktor penting" yang perlu diputuskan sebelum temasya sukan itu dapat diteruskan.

- Reuters/HA/ha

Top