Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kapten Man Utd Maguire dijatuhi hukuman penjara tertangguh atas dakwaan Greece

 Kapten Manchester United Harry Maguire dijatuhi hukuman penjara tertangguh selama 21 bulan 10 hari selepas didapati bersalah kerana menyerang pegawai polis, memberi rasuah dan dakwaan lain oleh sebuah mahkamah di Greece.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapten Man Utd Maguire dijatuhi hukuman penjara tertangguh atas dakwaan Greece

Harry Maguire (kiri). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Aug 2020 09:27AM Dikemas Kini : 26 Aug 2020 09:30AM

ATHENS: Kapten Manchester United Harry Maguire dijatuhi hukuman penjara tertangguh selama 21 bulan 10 hari selepas didapati bersalah kerana menyerang pegawai polis, memberi rasuah dan dakwaan lain oleh sebuah mahkamah di Greece.

Pemain antarabangsa England itu, yang mengumumkan akan membuat rayuan, ditahan pada lewat Khamis lalu selepas bergaduh di kelab malam di Mykonos.

Dia didakwa melakukan serangan, menyebabkan kecederaan dan cuba memberi rasuah, kesemuanya dinafikan pemain itu.

Maguire, yang tidak menghadiri perbicaraannya, berkata dalam satu kenyataan: "Menyusuli perbicaraan hari ini, saya mengarahkan pasukan peguam saya untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa kami akan membuat rayuan.

"Saya tetap teguh dan yakin kami tidak bersalah dalam hal ini - dan apa-apa pun yang terjadi, diri saya, keluarga dan rakan-rakan adalah mangsa," kata Maguire.

Manchester United menyokong pemain mereka.

"Harry Maguire mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan kesalahan kecil terhadapnya dan dia terus menegaskan bahawa dia tidak bersalah," menurut kelab itu.

Menurut laporan media, pergaduhan di kelab malam itu tercetus selepas Maguire mendakwa adiknya Daisy disuntik dengan apa yang didakwa pihak pembela sebagai dadah.

Maguire ditahan bersama abang dan rakannya di balai polis, di mana dia didakwa cuba memberi wang suapan supaya dibebaskan.

Pemain pertahanan 27 tahun itu, yang telah bermain untuk England sebanyak 26 kali, ditahan selama dua malam di penjara sebelum pulang pada hujung minggu.

"Menyusuli perkembangan ini, saya mengesahkan sudah menarik balik penyertaan Harry Maguire dalam pasukan England untuk perlawanan menentang Iceland dan Denmark," kata pengurus pasukan England, Gareth Southgate di laman web Persatuan Bola Sepak.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan